4/04/2007

Pelanggan? Madhu?

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Destinasi:
Tempat Praktikal

Laman Web Menarik Hari Ini:
Radio Nur Islam
Dingin
SaifulIslam-Senstiasa menarik InsyaALLAH
Motivasi Minda
Ustaz Din

Pengajaran hari ini:
Kesusahan itu suatu nikmat




Hati ini sedikit 'sakit' tentang sesuatu perkara. Tapi hidup mesti diteruskan.

PC FAIR



Alhamdulillah, sudah 3 hari berlangsung PC FAIR di Bumi Serambi Mekah. Pada hari pertama kejadian iaitu pada 29 hb, saya di kedai, menjaga kedai seorang diri kerana bertugas menjawab telefon. Hari kedua dan seterusnya, iaitu hari Khamis hingga Ahad, saya di tempat pameran, belajar tentang perkara hal ehwal manusia. Alhamdulillah.

Sungguh memang saya tidak ikhlas, kerana sepatutnya cuti Maulidul Rasul, saya berada di rumah, baca buku sirah Nabawiyyah, menghayati sirah dan perjuangan Rasulullah supaya semangat yang pudar itu kembali menjadi terang kembali, tetapi terpaksa ke PC FAIR pula untuk kerja. Uish...

Hari pertama kejadian, tiada apa yang hebat terjual, selepas hari itu, selepas bertanya, berjalan-jalan melihat cara orang menjual, alhamdulillah, akhirnya saya berani untuk menjual produk yang ada.

Memang penat sungguh bercakap, ditambah dengan kesedihan hari Maulidul Rasul saya terpaksa bekerja, tetapi alhamdulillah, akhirnya saya peroleh sesuatu. Dihari Maulidul Rasul, saya cuba menghayati apa yang Rasulullah buat. Seperti yang kita ketahui, Rasulullah juga seorang peniaga dan juga pendakwah.

Setiap kali ada orang melalui gerai kami, saya akan bertanya, "Encik cari apa encik? Laptop? PC? Pendrive?" Penat saya mempromosikan pada hari pertama saya bertugas, tetapi tiada langsung hasil. Teringat bagaimana Rasulullah "mempromosikan" ISLAM. Daripada mekah 13 tahun, seterusnya di Taif, langsung di Madinah dan lain-lain selepas itu. Bagaimana penat Rasulullah menjalankan promosi selama 13 tahun. Tetapi hanya berapa orang sahaja yang masuk ISLAM? Saya kesayuan. Saya penat bercakap baru satu dua tiga hari, tetapi Rasulullah?

Akhirnya, setelah sehari berlalu, saya mula bersemangat. Hari kedua, saya cuba naikkan semangat kawan-kawan lain dengan berlumba-lumba siapa yang dapat menjual dahulu produk besar kami seperti printer, PC dan laptop. hari kedua juga tiada hasil bagi saya. Saya kebengongan bagaimana harus saya buat.

Hari ketiga, saya agak moody, kerana lihat kertas Salam Maulidul Rasul yang saya tampal bersama nama dan alamat syarikat dikoyak. Adakah kerana saya menulis "Salam Maulidul Rasul dari:IWHIZZTEXH 23&@25 KB BAZAAR, Tingkat 3, 15300 Kota Bharu" Apa yang mereka malukan dengan apa yang saya tuliskan. Ditambah dengan sedikit peristiwa yang mengguris hati, saya tidak terus menjaga gerai, saya berjalan-jalan mengambil semangat.

Alhamdulillah, sudah lewat juga, akhirnya pelanggan pertama muncul juga. Sebenarnya sudah penat bercakap, tetapi saja juga bertanya pada pelanggan yang lalu lalang. Akhirnya pertanyaan saya dijawab. Dan saya menerangkan dengan suara agak tidak bermaya. Mula-mula bakal pelanggan itu hendak berjalan-jalan melihat, tetapi akhirnya dengar juga penerangan yang hendak diberi oleh saya. Saya terangkan tentang Due Core. dan akhirnya harga iaitu RM 2499.

"Kenapa TOSHIBA harga 2499 juga tapi hardisk dia 100G dan 1G Ram" kata pelanggan itu

Saya agak terkejut. Selepas itu, bakal pelanggan itu pun menunjukkan spec yang ada dari gerai lain itu. Longlai saya melihat. Bagaimana boleh murah dengan harga 2499 100G dan 1G Ram. Setelah diteliti dengan tenang akhirnya saya temui jawapan dengan kuasa ALLAH.

"Intel Pentium dia bukan due Core encik." Processor kami lebih laju dengan Due Core. Ram dan hardisk boleh diupgrade. Ram 512 untuk notebook 200 lebih sahaja. Hardisk boleh beli external. Cuba encik tengok harga yang ditawarkan untuk intel Pentium Due Core sama seperti spec yang kami tawarkan. Harganya 2999." kata saya

Alhamdulillah, akhirnya bakal pelanggan itu berminat untuk ketahui lebih lanjut.

"Kalau beli ni boleh kurang harga?" kata bakal pelanggan itu

Selepas itu saya serahkan kepada bos saya untuk selesaikan. Saya puas, setelah dua hari saya tidak dapat apa-apa dari promosi saya, tetapi alhamdulillah akhirnya dapat juga pelanggan yang ingin beli. Selepas itu saya lebih bersemangat menegur bakal pelanggan dan bertanyakan apa barang yang mereka cari. Saya juga berazam, yang saya tidak akan balik selagi PC HP yang bernilai RM 2100 itu tidak terjual. Hari hampir lewat petang. Setelah ditegur-tegur bakal pelanggan. Alhamdulillah! Dengan Kuasa ALLAH, dapat lagi seorang pelanggan, setelah diterang-terang, maka saya serahkan pelanggan itu untuk urusan selanjutnya. Alhamdulillah...



Puas, itulah kepuasan. Pelanggan adalah seumpama Madhu kita. Sewajibnya kita melakukan aktiviti dakwah, mengajak yang lain kearah ISLAM. Caranya adalah dengan mempromosikan ISLAM. Taktik-taktik yang saya pelajari adalah, kita kena bertanya dan cuba memikat hati bakal pelanggan kita tentang ISLAM. Pelbagai cara kita boleh buat, tapi usaha itu perlu. Supaya kita dapat pelanggan yang ingin kepada produk kita iaitu ISLAM. Seharusnya pertama, kita harus betul-betul yakin bahawa ISLAM itu adalah Produk terbaik daripada ALLAH untuk seluruh umat. Seterusnya adalah meneruskan dakwah kita. Wallahualam.






2 comments:

Anonymous said...

Assalamu'alaikum,

Membaca ayat hujung "Pelanggan? Madhu?", membuat diri saya terasa bersalah seandainya komen saya sebelum ini dianggap biadap.

Seharusnya, saya memperkenalkan diri dahulu, kemudian baru menyatakan perihal CfM.

Seandainya 'sakit' Cik Mumtazah sememangnya mengenai kebiadaban saya, maka saya memohon maaf.


Wassalam
SDahij@yahoo.co.uk

mumtazah said...

Assalamualaikum sdr SDahij.
Saya minta maaf kerana 'sakit' saya bukan disebabkan sdr. :)
Biasalah manusia. Tiada siapa pun terlepas daripada masalah. Salam hormat dari saya. Wassalam