4/11/2007

Hikmah Peristiwa


Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Destinasi:
Kedai Komputer

Laman Web Menarik Hari Ini:
Tempat Download Software
Recuva- Cari file yang terdelete
CCleaner 1.38.485- Delete Fail yang tidak perlu untuk ringankan laptop atau PC anda

Pengajaran hari ini:
Selepas kesusahan, pasti akan datang kesenangan!

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Syukur kepada ALLAH. Apa yang saya gembirakan ia?

Munculnya setelah hilang, semua dengan izin ALLAH




Suatu ketika dahulu, dalam asyik menyusun tempat letak folder didalam laptop saya, saya telah membuang file-file yang tidak sepatutnya supaya tidak bertindan didalam dua lokasi. Tiba-tiba tanpa saya sedari, saya telah membuang file yang mengandungi nasyid didalam D. Didalam recyle bin pun telah empty. Agak sedih. Kerana sudah agak lama juga saya mendownload nasyid-nasyid untuk simpanan peribadi.

Tetapi disebalik kesusahan dan ujian ini adalah sebenarnya ALLAH sedang mengajar saya tentang suatu ilmu yang baru. Untuk berapa ketika saya telah menjumpai radio brunei yang mengandungi sarat dengan ceramah yang bagus-bagus untuk didengari. Kemudian selepas itu, saya telah terjumpa dengan satu software yang bernama Recuva. Software ini agak mudah untuk digunakan. Alhamdulillah, sukanya saya apabila telah terjumpa dengan file-file nasyid saya yang hilang untuk seketika itu.

Hikmah kehilangan

sumber: nurv3.blogsome.com/2005/12/

Baru-baru ini, kakak saya telah terlanggar tiang. Kereta yang dipandu kakak, baru sahaja dicat dan diservice lebih kurang harganya 1500++. Tetapi baru-baru ini, dengan tidak sengaja, terlanggar tiang telefon sewaktu hendak berundur kebelakang.

"Bersabarlah. Kerana sebenarnya ALLAH sedang memberi petunjuk untuk kita menjadi kaya agaknya. " kata saya kepada kakak.

"Tak apa-apa, cuma risaukan ayah. Dah lah hendak guna duit untuk baiki rumah untuk majlis perkahwinan yang cuma tinggal beberapa minggu lagi."

"Rasa macam anak yang selalu menyusahkan. Nak bayar sendiri, tiada duit pula." kata kakak

Begitulah agaknya. Allah berkata dalam kalamnya "Selepas kesusahan, ada kesenangan" bersabarlah, ALLAH berjanji disebalik kesusahan ada kesenangan. ALLAHU AKBAR!

Bila terjadi kesusahan, sebenarnya ALLAH sedang memberi ilmu untuk kesenangan kita untuk keadaan yang lebih susah lagi dan mungkin ilmu itu kepada orang lain yang memerlukan untuk kita kongsikan. Jadi saya ambil kesempatan untuk kongsikan software ini kepada sahabat-sahabat. Mana tahu sahabat memerlukanya untuk suasana yang lebih getir atau terdesak. Wallahualam.







No comments: