8/15/2007

Bersua Semula

Bismillahirahmanirrahim
(Dengan Nama TuhanKu Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Assalamualaikum..

Destinasi:
Perpustakaan Dar Nur al-Zahra'

Laman Web Menarik Hari Ini
Tafsir Qur'an
Hunusan Lidah
Sehari Dalam Kehidupan MB Kelantan
Pentas Karya
Cetusan Minda Warga Pendidik
Dewan Pemuda Pas Kelana Jaya
Friendster Kit
Cina Kaya Beratus Kali Ganda
Hukum Urusniaga Dengan Syarikat Yahudi : Makan, Beli, Jual
Virus List
Channel K
Roslan SMS
YB Husam Musa
Dinar Ekonomi
Jiwa Kelantan
Ustaz Nik Abduh
Ansorullah
Rakaman Untuk Dunia
Merdekakan Mindamu
Mukjizat Saintifik
Hati Sufi Jiwa Harmoni
De Hambra Heighten
Ulama Ummah
Download Islamic E-Book-Menarik!!
Keajaiban Saitifik Al-Quran

Pengajaran hari ini:
Jadilah orang yang bermanafaat
Apabila kita tahu sesuatu, kita terlibat dengan apa yang kita tahu itu.

Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH S.W.T kerana mengizinkan saya menulis setelah 4 bulan lebih menyepi diri dari alam blog. Selawat dan Salam juga buat junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Bukan mudah untuk menulis semula, mengigil dahulu sebelum saya dapat menulis ini. Tergagap-gagap menyusun bicara, dimana harus saya mulakan.

Terima Kasih kepada sahabat-sahabat yang sudi hingga bermesej di telefon bertanya khabar tentang ketidak hadiran saya didalam alam pena ini.

Minta Maaf

Minta Maaf. Diawal bulan pertama, saya sibuk menyiapkan report dan sistem untuk latihan praktikal saya. Alhamdulillah, sudahpun tamat. Kemudian saya terus bekerja dan sibuk. Sekarang saya sedang buat research tentang mukjizat Al-Qur'an dan As-Sunnah. Sahabat-sahabat yang berpengetahuan dalam bidang ini, bolehlah menghubungi melalui ruangan comment ini.

Banyak Sangat
Banyak perkara perlu dilakukan sebelum ketibaan bukan 11. Hmmm. Entahlah. Kebuntuan saya. Perlu banyak membaca dan mencari material bukti untuk saya jadikan pameran.


Cerita Tadi: SeminarKecemerlangan Solat Menurut Syariat Islamiyah dan Sains
Alhamdulillah, berkesempatan pergi Ke Seminar anjuran Kerajaan Kelantan di Balai Islam, Kompleks Islam, Lundang Kota Bharu Kelantan. Saya cuma berkesempatan secara langsung pada kertas kerja ke 3 iaitu Solat Dari Sudut Sains oleh Dr Azman bin Ibrahim. Untuk dua kertas kerja pertama, saya hanya ikuti secara online di Kelantan TV. Syukran kepada team yang berjaya tayangkan tayangan secara langusung.

Baiklah, untuk pertama, Dr menerangkan tentang makna Sains itu sendiri. Sains adalah suatu pembuktian melalui kajian. Dr pada mulanya juga menerangkan tokoh-tokoh yang terlibat dengan bidang Sains dan Matematik. Dr juga menekankan tentang peri pentingnya mengetahui cara menterjemahkan ayat Al-Quran. 5 perkara telah diberitahu oleh Dr tentang penafsiran ayat-ayat daripada Al-Qur'an antaranya
  1. Dari Tafsir Ayat Al-Qur'an itu sendiri
  2. Daripada Hadis Nabi
  3. Daripada Pendapat Sahabat-Sahabat
  4. Imam Salafus Soleh
  5. Fakta Sains yang boleh menyokong --- tak pasti
Qur'an dan Sains boleh menambah keimanan seseorang kerana Sains adalah satu pembuktian dan didalam Al-Qur'an terdapat fakta-fakta yang boleh dibenarkan oleh Sains.

Wudu' dan Sains


sumber: Kelas Iqra'

Kajian yang dilakukan oleh pakar akupuntur cina, terdapat 66 kawasan positif yang apabila dicucuk dengan jarum akupuntur akan memberi kesan positif kepada kesihatan manusia. 61 kawasan tersebut adalah anggota wuduk yang telah diajar oleh ALLAH melalui Rasulnya Nabi Muhammad S.A.W. Jika di campur dengan suatu hadis Nabi yang bermaksud lebihkan basuhan dibawah siku dan dan lebihkan basuhan kai hingga ke buku lali, maka tercapailah 66 kawasan hotspot yang apabila disentuh dengan teliti akan merangsang urat saraf pada tubuh kita seterusnya memberi kesihatan kepada tubuh badan kita.

Oleh sebab itu, apabila kita berwuduk, hendaklah kita menggosok anggota wuduk itu teliti kerana ia boleh memberi kesan yang positif terhadap tubuh badan kita.

Wuduk-Basuh Muka
Apabila kita membasuh anggota muka kita, ia akan memberi rangsangan yang baik kepada
  1. usus
  2. Perut
  3. Pundi Kencing
  4. Peranakan bagi wanita
Wuduk-Basuh Kaki KananRangsanganya adalah dikawasan sistem tulang, usus, pakreas, tirod dan pinggang.

Wuduk-Basuk Kaki Kiri
Rangsanganya adalah dikelenjar, tulang.

Wuduk juga adalah suatu pencegahan kanser. Kanser adalah akibat daripada pencemaran yang melekat kepada kulit-kulit kita yang tidak dihilangkan. Apabila kita berwuduk, sebenarnya, kita membuang barang-barang pencemaran yang terdapat di kulit kita, maka dengan itu, tercegahlah kita daripada kanser. InsyaALLAH.

Sujud dan Kaitanya kepada Otak


Untuk pengetahuan semua, seperti yang diterangkan oleh Dr didalam seminarnya tadi, sebenarnya jantung kita memerlukan 25% oksigen. Aktiviti kita seharian tidak dapat menampung penuh untuk 25%, maka ALLAH telah memprogramkan kita untuk sujud kepada ALLAH dalam solat dimana keadaan kita punggung lebih tinggi pada muka yang akan mengurangkan graviti untuk memaksa oksigen masuk kedalam jantung kita Apabila dalam keadaan sujud, jantung kita adalah 70% lebih cekap. ALLAHUAKBAR! Siapa yang tidak mendirikan solat, maka oksigen tidak masuk kedalah jantung kita dengan jumlah 25% yang jantung kita perlukan itu.

Solat VS Yoga
Menurut Doktor, solat adalah tidak sama sekali dengan manafaat yang diberikan oleh Yoga. Ini adalah kerana Solat itu sendiri adalah wahyu daripada ALLAH. Kedua solat itu ada displin waktunya tersendiri yang telah ditetapkan oleh ALLAH berbanding Yoga yang tidak mempunyai displin waktu. Ketiga, apabila kita solat, kita diperlukan untuk bersihkan jiwa daripada syirik. Keempat, solat itu sendiri perlu kepada wuduk dan kelima, solat itu perlu kepada tutup aurat.

Solat VS Meditasi
Walaupunmeditasi itu diakui baik untuk kesihatan, namun ia masih tidak sam kualitinya dengan solat, ini adalah kerana Solah adalah melatih kita ingat kepada ALLAH berbanding khuyuk meditasi itu yang tidak pasti ingat apa. Kedua, solat itu beri ketenangan yang diperolehi daripada ALLAH. Seterusnya, kalimat yang diucapkan didalam solat itu adalah diberi oleh ALLAH. jadi tidak perlulah kita tinggikan meditasi itu daripada aktiviti solat itu sendiri.

Solat Tahajud dari Segi Perspektif Sains Kesihatan dan Tidur
Suatu masa dahulu, solat tahajud diwajibkan kepada Nabi Muhammad, Selawat dan Salam ke atasnya, kerana ujian yang berat menimpa Nabi dan umat Islam suatu masa dahulu. Salahuddin AlAyubi meletakkan syarat tenteranya untuk bersolat tahajud. Tentera yang tidak solat tahajud diletakkan dibelakang. Dr. menerangkan tentang kandungan oksigen dari jam 3 hingga 5 adalah kandungan oksigen kelas A berbanding keadaan lain.
Cerita pertama: Dr membawakan cerita tentang suatu kajian terhadap orang tua yang dilakukan selama 6 bulan iaitu dibezakan orang tua yang bangun pagi, mandi air sejuk berbanding orang tua yang bangun lambat adalah jauh berbeza. Didapati orang tua yang bangun pagi dan mandi adalah lebih sihat.

Cerita kedua Cerita ini adalah mengenai seorang mahasiswa Islam yang menetap sementara dirumah keluarga angkatnya yang beragama Kristian di Amerika. Setiap hari mahasiswa ini bangun pagi, mandi dan menunaikan solat. Tanpa disedari oleh pemuda ini, ia diperhatikan oleh nenek angkatnya. " Tidak boleh engkau menangguh untuk mandi dan solat lewat sedikit kerana keadaan air itu yang sejuk" pemuda itu berkata, "Saya tidak boleh menangguh solat saya kerana telah ditetapkan oleh Tuhan saya untuk solat diwaktu yang ditetapkan. Jika tidak solat saya tidak akan diterima." "jika begitu keazaman engkau, besi yang keras itu akan dapat dileburkan kerana keazaman yang kuat itu" kata nenek itu. Dr menambah, keazaman yang ditanam itu sungguh kuat sehingga melahirkan seorang yang berjiwa kuat.

Kajian juga menunjukkan orang yang tidur kurang daripada 6 jam adalah lebih sihat. Ini adalah kerana tidur yang lama, boleh membuatkan darah kita yang cair itu menjadi beku dan hati kita akan mati. Hassan Al-Banna tidur hanya kurang 4 jam sehari, tetapi beliau tetap bersemangat dan kuat untuk melakukan aktiviti sehariannya yang menuntut tenaganya untuk kesana kemari dalam jarak yang jauh. Sedangkan sahabatnya sudahpun keletihan.

Sejarah telah mengatakan Nabi Muhammad adalah seorang yang kuat beribadat, sudah tentu kurangnya tidurnya tetapi sewaktu bermusafir bersama sahabat-sahabatnya, Rasulullah sangat cergas.

Solat dan Kelenturan Tulang Belakang
Satu kajian telah dibuat di universiti Kaherah yang telah mengkaji 30 orang yang solat terawih dan 30 orang yang tidak solat terawih selepas berbuka puasa. Didapati, tulang orang yang solat terawih lebih mudah dilenturkan.

Dr juga menyatakan solat adalah satu ubat untuk sakit sendi. Didalam tubuh manusia terdapat cas positif dan negatif yang senantiasa yang tidak tetap kandungannya daripada yang telah ditetapkan dengan sepatutnya oleh ALLAH disebabkan aktiviti yang sungguh memenatkan diri kita seharian seperti bekerja berfikir dan sebagainya. Allah telah memprogramkan bilangan solat sesuai dengan keperluan cas kita. Oleh kerana tubuh kita tidak memerlukan banyak cas selepas bangun tidur, maka hanya 2 rakaat sahaja solat Subuh. Bagi solat Zuhur, Asar, oleh kerana kita telah kehilangan banyak cas, dengan solat berjemaah, maka akan pulihlah semula cas kita apabila bersentuhan bahu semasa solat berjemaah. Maghrib pula hanya 3 rakaat kerana diantara Asar dan Maghrib adalah tidak jauh sangat masanya. Bagaimana pula dengan solat Isyak? Apabila dikaji, kita memerlukan lebih cas di solat Isyak kerana ia diperlukan oleh kita untuk bangun bertahajud.

Solat & Tutup Aurat
Apabila kita bersolat dan ditempat yang sepatutnya, kita diwajibkan untuk menutup aurat kerana dengan menutup aurat, ia dapat mengurangkan haba daripada memasuki kepala kita. Apabila otak kita panas terkena cahaya matahari ia akan munurkan fungsi otak itu sendiri dan menjejaskan kesihatan otak.


Ucapan Penutup Oleh Yang Berhormat Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Tok guru menyatakan bahawasanya solat adalah ibadat yang pelik yang perlu kita sedari daripada ibadat-ibadat lain seperti berpuasa, bayar zakat, naik haji dan sebagainya. Ini adalah kerana solat itu:

  1. perlu diambil wuduk sebelum melakukanya.
  2. Perlu hadap kiblat
  3. solat itu daripada langit - Renungi peristiwa Israk' Mikraj
Kenapa perlu kepada solat?
  1. Ada nas yang mewajibkan kita bersolat
  2. Solat adalah untuk mengenang dan mengucapkan terima kasih kepada Tuhan kita ALLAH yang telah mengurniakan nikmat-nikmat. Contohnya jika orang lain berbuat baik kepada kita, kita wajib mengucapkan terima kasih kepada nya
  3. Alim ulamak berkata, ada 4 jenis makhluk di muka bumi ALLAH ini iaitu makhluk yang statik sepertu alam, yang kedua makluk tumbuh-tumbuhan, yang ketiga hayawanat iaitu ganas, ada kuku tajam dan terakhir insan, ganas juga kerana ada nafsu. Ada 3 jenis nafsu yang disebutkan didalam al-Qur'an iaitu nafsu Ammarah, nafsu Lawwamah, Nafsu Muthmainnah. Untuk melunturkan nafsu itu perlu kepada taqwa untuk mengawalnya. Cara untuk mendapatkan taqwa adalah dengan bersolat, bersyukur.
Wuduk
Ramai orang mengambil wuduk, tetapi dan berniat, tetapi tidak tahu apa yang diniatkan itu, niat mengambil wuduk adalah "Sahaja aku mengangkat hadas (baca= perangai huduh seperti malas, suka berhutang dan sebagainya) kerana ALLAH taala. Jadi perlulah, semasa kita membasuh muka kita berniat membuang dosa-dosa yang dilakukan oleh anggota muka kita iaitu mata, hidung, mulut dan sebagainya. Begitu juga dengan membasuh anggota-anggota lain, perlulah kita niat ALLAH buangkan perangai-perangai huduh kita.


Tahajud
Hendaklah kita bangun bertahajud serta berdoa dengan doa yang telah diajarkan oleh Nabi kepada kita. Tidak ada doa yang tidak diajar oleh Nabi kita Muhammad S.A.W. Dua kandugan utama doa iaitu doa untuk meminta perlindungan dan memohon keberkatan.

Tok guru juga minta kita bongkar doa-doa. Doa-doa adalah warisan berharga yang ditinggalkan oleh Nabi kita serta bersedia untuk menghadapi Ramadhan kerana Ramadhan adalah bulan yang sungguh mulia untuk kita berdoa. Jika kita minta pada ALLAH, ALLAH pasti akan tolong dengan caraNya.

Wallahualam.



















No comments: