9/18/2007

Ramadhan Kareem

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Destinasi:
Dar Nur Al-Zahra

Laman Web Menarik Hari Ini
Resepi.Net


Pengajaran hari ini
Bersyukurlah dengan nikmat yang ALLAH berikan

Alhamdulillah, bulan Ramadhan ini, bulan nikmat. Hmm. Tidak terkata. Seumpama masuk ke dalam satu dunia yang lain apabila dapat Internet. Nikmat ALLAH yang mesti disyukuri demi kebaikan diri. ALLAH...

Hmm. Terkejut, terkedu dengan penyesuaian dunia baru ini, moga-moga dengan pembekalan modal material yang ALLAH berikan pada Ramadhan Kareem ini disyukuri dan diingati selama-lamanya. ALLAH.

Hmm. Sejak dahulu lama menunggu, mungkin hikmahnya tidak disedari, tapi segala-galanya ada hikmah. Moga ALLAH permudahkan urusan ini. ALLAH...

Mungkin agak susah sedikit, kerana perlu bergerak agar tersambung ke dunia tanpa sempadan ini, namun keadaan ini, adalah lebih baik daripada tiada langsung bukan. InsyaALLAH. Bersyukur. Jadilah hamba yang sentiasa bersyukur. Itu maksudnya.

Mungkin dengan ada modal material ini, ALLAH bukakan ruang dan makbulkan doa walaupun lewat harapan itu dipenuhi. ALLAH..

Hati saya sayu, gembira bercampur sedih juga dicampur sedikit terkejut. Mungkin selepas ini, saya akan kembali dengan semangat baru. InsyaALLAH.

baiklah. Sampai disini. Moga semuanya dipermudahkan oleh ALLAH untuk kerja ini. Maaf salah dan silap.Wassalam.



1 comment:

cakapaje said...

Salam Mumtazah,

Menarik link kali ni ye.