10/01/2007

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Destinasi:

Laman Web Menarik Hari Ini:

Pengajaran hari ini
Jika bersemangat, teruskan kerjamu, dikhuatiri semangatmu akan hilang ditelan masa.

Entah kenapa dua hari ini, saya seolah mati semangat tidak bersemangat. Entah kemana hilangnya semangat itu. Hmm. Bila bersemangat teruskan kerja sahaja. Itulah yang patut saya lakukan lain kali.InsyaALLAH. Hmm. Lain kali juga saya perlu lakukan "back up" plan jika saya dilanda tidak tahu hendak buat apa ni. Hmm..

Nasi Kerabu
Alhamdulillah, dua hari lepas, sempat membuat nasi kerabu. Saya ditugaskan untuk buat sambalnya. Mula-mula saya basuh cili kering, kemudian rendam dengan air panas. Kemudian blend dan tumis dengan sedikit minyak. apabila nampak garing sedikit , masukkan santan secukup rasa. Kemudian kacau sehingga minyak terasing. Bubuh garam dan boleh diangkat.

Nasi Lemak.
Pengajaran yang saya dapat daripada masak nasi lemak semalam adalah jika kurang air, nasi tidak akan masak, maka tambahkan air.

Wallahualam'





3 comments:

cakapaje said...

Salam Mumtazah,

Semangat manusia sememangnya turun dan naik seperti air pasang surut; cuma, tidaklah sebgitu cepat ye. Setiap individu akan lazimnya dapat menemui 'ubat' yang diperlukan untuk meningkat semula semangat. Zikir, selawat dan do'a itu boleh menjadi 'ubat' jika diizinkan Nya.

Hmm...saya rasa saya jumpa semangat baru rengok resipi nasi kerabu tu - memang kegemaran saya! Cuma, kat PJ ni, terdapat hanya satu dua sahaja gerai yang pandai buat dengan betul. Hmmm....:)

Mumtazah : : - Kita Jauh Tapi Dekat - : : said...

Hehe. Syukran.

p.e.e.p.a said...

salam..kadang2 maaf ni susah kan..