1/17/2008

Saya Rindu

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Destinasi:
Shah Alam

Laman Web Menarik Hari Ini:
Wukuffillah
Hembusan
Melayubuntu
Husammusa
Ramli Abdul Halim
Motivasi Membaca
I Luv Islam
Download Islamic MP3, Ceramah Islamik
Tips Urus Masa Untuk Muslimah
15 perkara daripada google trends- Menarik!


Pengajaran hari ini:
Teruskan walaupun sepatah

Alhamdulillah, akhirnya saya dapat juga meluangkan masa saya menekan papan keyboard untuk post kali ini.

Pujian bagi ALLAH, yang memberi ilham, jua kekuatan untuk saya terus bergerak.

Untuk diri sendiri, saya mohon maaf kerana tertinggal catatan kenangan untuk beberapa bulan yang lepas, kerana sibuk dengan program Pameran Mukjizat Al-Qur'an 2007 yang memberi pengalaman yang sungguh bermakna kepada diri ini.

Banyak perkara telah berlaku selepas Ramadhan Kareem lepas, yang mengubah hidup saya satu persatu. Banyak peristiwa pengajaran yang mesti dikongsi mungkin selepas ini untuk saya muhasabahkan moga menjadi inspirasi diri untuk lain kali. Moga ALLAH permudahkan urusan saya. Ameen.

Hidup saya kini, adalah sebagai pelajar walaupun sepatutnya umur sekarang ni masa untuk memikirkan sesuatu lebih besar yang akan mengubah hidup saya. Tapi mungkin perkara tersebut tidak akan berlaku kerana saya dalam perancangan untuk meneruskan pengajian untuk 5 semester lagi. Itu perancangan saya, tapi ALLAH telah menetapkan yang terbaik untuk hambanya yang lemah ini.

Saya rindu untuk duduk diam-diam sambil menulis didalam diari maya ini, duduk diam-diam membaca buku demi buku yang pernah saya lakukan dulu. Saya rindu untuk hidup dengan jadual yang saya rasa tidak menghimpit saya bagi meluangkan masa meningkatkan softskills saya mahupun pengetahuan tambahan saya.

Padamulanya keadaaan agak sukar bagi saya, tapi konsep bersyukur yang Ustaz Omar terangkan dalam syarahnya didalam suatu program betul-betul buat saya berfikir semula untuk menghargai juga bersyukur melihat dan menggunakan apa yang ada disekeliling saya ini. Seperti mana baru-baru ini, saya sedikit teruji dengan konsep syukur ini. Rasanya disebalik ujian ini, ALLAH hendak beri peringatan kepada diri saya bahawa, bukan sekadar syukur yang sedikit tapi lebih besar seperti bersyukur kerana bonda, adik beradik ada bersama saya. Saya perlu bersyukur kerana saya masih hidup dan masih boleh lagi duduk diam-diam untuk memikirkan perancangan bagaimana mencapai kejayaan akhirat dan juga dunia.

Terasa masa saya yang ada untuk bersama keluarga terutama bonda terlalu sedikit, almaklumlah, tahun ini umur menjengah satu perempat dari usia umat baginda Rasulullah S.A.W. Bila dimuhasabah kembali , saya hanya tinggal 3/4 yang mungkin saya ada atau tidak lagi. Wallahualam. Moto, Visi, Matlamah diri bukanlah sekadar untuk diri didunia, tapi ada sesuatu yang lebih besar disana nanti. Hmmmm.

Praktikal
Kerja
Pameran Mukjizat Al-Qur'an
Belajar

dan selepas ni bagaimana pula perancangan nya?


Moga-moga ALLAH beri kekuatan pada diri saya yang saya rasakan makin kurang stamina ni, untuk BERKERJA KERAS, menjayakan matlamat MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH juga mencapai kejayaan dalam pelajaran saya.

Moga sahabat-sahabat juga ALLAH permudahkan urusan, moga sahabat yang seorang ni dapat mencapai cita-cita untuk menjadi tokey kambing. Ameen

Tersebut pada cita-cita, saya teringat pada progam motivasi yang antara panelnya adalah osman affan dan juga satu slot program berbentuk islam di televisyen ditahun baru hijrah mengenai matlamat atau cita-cita ditahun baru. Dapat saya simpulkan kita kena tuliskan apa yang kita hendak dan selepas itu InsyaALLAH akan adalah jalan kearah mencapai apa yang kita hendak, kita mesti ikut apabila jalan itu telah sampai kepada kita. Yang penting kita tulis apa yang kita hendak. InsyaALLAH.

Oklah, rasanya sampai disini, saya mengisi ruang masa diantara maghrib dan isyak dan kini masa sudah menghampiri isyak. Saya perlu mengudurkan diri.
Jangan lupa sahabat-sahabat, jangan tinggalkan Al-Qur'an dan hadis. Bacalah sehari sedikit sedikit, insyaALLAH akan beri impak sungguh besar pada kita. Nanti jika ada kesempatan saya akan ceritakan the power of al-qur''an ni, pengalaman semasa saya menjayakan Pameran Mukjizat AL-Qur'an 2007. Jaga diri.

Sekian, Wassalam.






No comments: