2/18/2008

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Destinasi:
Dunia kedua

Laman Web Menarik Hari Ini:

Pengajaran hari ini:
Kesusahan adalah ujian yang akan berakhir.

Telah seminggu perkara itu terjadi. Sewaktu hendak pulang ke dunia ksa, saya tercari-cari dimanalah saya letakkan kunci bilik. Pernah diri ini teringat untuk buat salinan kunci. Masakan tidak, hendak ketandas pun perlu dikunci pintu. Keselamatan bersama.

Kehilangan kunci benar-benar menguji diri. Teraa dunia seperti hendak kiamat. Rasa tidak keruan, saya yang kurang tidur pada hari itu, teruji lagi apabila tidak dapat masuk kebilik berehat melepaskan lelah. Saya menunggu-nunggu teman sebilik, tapi harapan tidak kunjung tiba. Jam telah menunjukkan jam 12.00 kemudian bertambah menjadi 1.30, kemudian hingga 2.30. Saya cuma duduk menunggu ditangga kecemasan. Terasa risau. Sahabat suruh mengetuk pintu bilik siapa-siapa untuk menumpang tidur, tapi saya tak sanggup. Berjalan-jalan tidak keruan, kemana harus diri ini melangkah. Selama ini tidak tahu dimana bilik belajar, jika tidak pasti dapat menumpang rehat. Berjalan-jalan tiada arah, sekejap-sekejap ke tingkat satu, dua, enam, satu dan saya tidak dapat tahan lagi. Saya bertanya pada seorang adik. "Adik dimana tempat study? Alhamdulillah, akhirnya dapat juga saya melepas lelah. Yang pasti orang tidak akan anggap saya gila kerana tidak berada didalam bilik walau jam sudah menunjuk 2.3p pagi. Sekurang-kurangnya saya dianggap belajar, walaupun sungguh letih tidak terkata. Sempat lah juga mengetip-ngetip butang laptop sehingga habis bateri.


Apabila jam sudah kenombor lima, saya bergegas semula naik ke tingkat tempat saya, mandi-mandi dan siap ke surau. Harapan saya moga-moga kawan sebilik cepat membaca msg saya dipintu.

Alhamdulillah, sempat solat sunat, kemudian terlelap, solat subuh dan tertidur disurau. saya menanti terus menanti sama ada saya dapat kekelas atau tidak pada pagi ini. Semuanya menjadi tanda tanya.

Alhamdulillah jam 7.48 saya terima misscall dari kawan sebilik, tanpa membuang masa saya terus ke bilik. Berehat seketika dan terus bersiap ke bilik kuliah. Syukur pada ALLAH atas bantuannya.







No comments: