2/26/2008

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Destinasi:

Laman Web Menarik Hari Ini:

Pengajaran hari ini:
Sabar. Belajar itu kerana ilmu. Ilmu itu kerana ALLAH

Allahuakabar. inggu yang agak payah bagi saya sejak dua minggu ini. Hmm Moga kepayahan ini akan berakhir.

Seringkali air mata ini berderai meniggalkan simata kerana terasa berat beban yang ditanggung.

Terasa seorang diri disini berbanding dahulu sering berdua bersama sahabat. Sekarang saya rasa keseorangan. Kenapa ya? Sedangkan dulu saya pun keseorang dan saya bangga jadi seorang diri.
Kini terasa sorang merendah semangat diri ini walhal sebenarnya tiada apa apa yang perlu disedihkan.


Hidup ini mestilah dimuhasabahkan selalu. Jika kita senang, maka kesusahan itu akan hadir dan menguji keikhlasan kita.

Matlamat yang salah mungkin melemahkan jiwa, sedang sifat ilmu itu terbuka kepada hati yang bercahaya. Terasa diri ini terlalu mahu pada pencapaian, bukan mahu pada ilmu.

Muhasabah dan terus bermuhasabah bersama kenangan yang tidak akan kembali tetapi akan sentiasa diingati.

Apa yang saya buat, apa yang saya tidak buat sehingga saya jadi sebegini?

Harapan yang tinggi, percaturan serta perlawanan menambah tekanan, sedangkan sifat ilmu itu diberi kepada orang yang kalbu nya bersih, sentiasa merendah diri kepada guru, tidak segan bertanya. Manakala jiwa yang berkehendak hanya menambah tekanan dalam diri. Wallahualam

Semestinya semua orang ingin berjaya. Tapi peperiksaan itu bermakna berjaya didalam ilmu ke? Mungkin. Tapi sebenanya ia bukan suatu perkara yang penting. Yang penting adalah ketenangan hati untuk menangani sebarang kerja yang datang bergolek-golek sedangkan kerja lain pun tidak sempat disiapkan.

Parallel, selari, buat kerja 3 dalam satu. Mungkin itu yang perlu saya lakukan untuk terus berada dalam track ini. Agar tidak terluka ditinggal kawan.

Imam Ghazali membahagi hidupna kepada 3 bahagian. Pertama untuk dirinya, kedua untuk beribadah, ketiga untuk belajar. 8 jam adalah untuk belajar. Adakah saya sendiri menuruti syarat itu?

Kesilapan mengatur langkah ini perlu dibaiki dengan sedikit kesabaran. Moga ALLAH bantu saya harungi dunia perjuangan mendapatkan ilmu ini. Ingat wahai diri, berilmu untuk ALLAH.

Diperjalanan yang penuh ranjau ini, saya sangat merindui sahabat saya. Yang saya telah lupa hari lahirnya kerana kesibukan saya mengurus urusan dunia yang semakin saya kejar semakin saya penat ditinggalkan. Maka hari ini, dua perkara saya ingin lakukan. Pertama saya ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada sahabat saya. Kedua saya saya tidak ingin mengejar dunia. Saya ingin kejar akhirat kerana akhirat tidak akan tinggal saya.

Wallahualam.

No comments: