3/03/2008

Bersabarlah dan Tambahkan usaha

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Destinasi:
Dalam Makmal 12

Laman Web Menarik Hari Ini:


Pengajaran hari ini:
Bersabarlah, dan bertanyalah jika tidak tahu
Entah kenapa, sejak dua menjak ini, saya hanya duduk diam-diam didalam kelas, seolah olah didalam dunia yang tidak ada sesiapa-sesiapa sehingga ada setengah orang rasanya telah menafikan kehadiran saya ditengah-tengah dunia batu ini.
Saya sendiri tidak tahu kenapa, kekadang diri ini terasa keseorangan, dan sebenarnya memang lambat buat kerja seorang diri ini. Hmmm. Hari ini sekali lagi menahan tangis, mungkin saya tidak tidur malam tadi membuatkan hati saya lemah untuk menahan kelompak mata yang bertakung. Alangkah lemahnya diri ini. Entah lah.
Kadang-kadang terasa diri ini yang paling lemah diantara mereka, tetapi itu bukan segla-galanya. Semua berlumba-lumba untuk kedepan tapi saya masih lagi dengan langkah perlahan saya. Memang banyak yang perlu saya korbankan. InsyaALLAH. hmm
Mungkin selepas ini, tiada lagi rehat diatas katil, 10 jam untuk studi untuk mengejar ilmu yang semakin hari semakin jauh ditiggalkan saya. Jangan berputus asa, sedikit lagi untuk sampai ke destinasi. Hmm. Allah permudahkan lah ya ALLAH, sebelum aku mengaku kalah.
Memang sejak dahulu lagi, saya ini jenis tidak suka meniru kerja orang, walaupun saya akan mengambil masa yang agak panjang untuk memahami sesuatu.
Entah kenapa degilnya saya ini untuk memberi peluang diri ini untuk mengaku kalah secepat mungkin. Mungkin itu adalah prinsip. Saya seperti hendak tersungkur diatas beban diri sendiri, kerana rasa seperti nak putus asa sahaja. ALLAH permudahkanlah Ya ALLAH.
Untuk cepat, mungkin perlu dikorbankan masa tidur. Tidur bukan lagi keperluan pada diri saya ini untuk mengharungi baki 5 minggu sebelum peperiksaan akhir menjelma. Ya ALLAH bantulah saya..
Hati saya kesayuan, kerana ada satu kerja yang betul-betul memerlukan komitmen saya yang ada ilmu ini untuk menjayakan, tetapi setakat ini saya tidak mampu. ALLAH lapangkan jiwaku, agar semak lalang ini akan hilang ditebas, ya ALLAH.
Hmm.
Mungkin saya patut meramahkan diri dengan kawan-kawan, selalu bertanya dan berjumpa dengan pensyarah. Mungkin. 3 minggu untuk buat persiapan akhir, jika saya hendak menjadi seperti Syarifah Fatimah penerima anugerah Tun Fatimah yang siap membuat ulangkaji 2 minggu sebelum peperiksaan akhir dan pensyarah saya yang siap mengulangkaji seminggu sebelum peperiksaan akhir berakhir. ALLAH permudahkan urusanku. Ameen.

No comments: