3/09/2008

Kemenangan itu untuk Islam. Bertanggungjawablah memelihara Islam untuk memelihara kemenangan

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Destinasi:

Laman Web Menarik Hari Ini:

Pengajaran hari ini:

Alhamdulillah, mimpi ngeri akhirnya berakhir. Sekarnag ini sayup-sayup terdengar ucapan ALLAHUAKBAR bergemar di ruang Kota Bharu Bandaraya Islam. Ucapan itu kerap kedengaran dan sentiasa kedengaran apabila PAS a.k.a parti yang membela rakyat menang. Bermula dengan maghrib, kemudian sayup-sayup kedengaran manusia berdoa memohon pertolongan daripada ALLAH.

Ohhh.. Allahuakbar. terdengar lagi ucapan indah bergema di sini. Walaupun saya jauh dari mereka, tetapi ucapan ikhlas itu naik kelangit dan terbias keruang udara hingga sampai dihati. Alhamdulillah, ku panjat kepada ALLAH. Akhirnya berakhir juga debaran hati kami.

Ya ALLAH, moga dengan kekuatan organsasi ini memberi ruang untuk Islam terus berkembang. Ucapan tahniah dan takziah kepada semua pejuang Islam. Tahniah kerana telah terpilih dan takziah kerana amanah yang diberi terlalu berat. Pikulllah selama mana mampu ditanggung. Wallahualam.

Bertuah diri ini, kerana hadir dalam episod indah ini. Sambil-sambil belajar melihat apa yang terjadi. Pengalaman dikutip untuk ingatan dimasa hadapan. perlu kita pada pelapis untuk membantu di masa hadapan. InsyaALLAH.

Alhamdulillah, Jumaat nanti bolehlah kita bersantap dengan ilmu rohani ya. di lapangan ilmu. di hadapan bagunan Jaafar rawas. Alhamdulillah. Tuntutlah sungguh-sungguh kerana peluang itu amat sukar diperoleh.

Walalhualam. Moga ALLAH permudahkan segala. Wassalam.

No comments: