3/21/2008

Kerana Cinta

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Destinasi:Gedung Ilmu

Laman Web Menarik Hari Ini:

Ilmu

Surau


Pengajaran hari ini:

Setiap kejadian ada hikmahnya, berfikirlah.



Episod 1: Suatu malam di ambang maulidul rasul

Malam telah datang. Saya tidak tahu hendak teruskan atau tidak kerja saya, setelah berputus untuk teruskan kerja hingga perpustakaan tutup, saya teruskan kerja saya.

"Lapar pula diri terasa" Sambil-sambil teringat tentang majlis ilmu yang sepatutnya saya tidak tinggalkan kerana ilmu itu menambah pengetahuan, dan pengetahuan itu membawa kepada kejayaan dunia dan akhirat. Saya tidak keruan. Bas seperti tidak kelihatan untuk ke majlis ilmu.

"Macam ni, kata saya kepada diri saya" letak beg dan kemudian berjalan sahajalah ke tempat itu. Akhirnya saya akur kepada keputusan yang dibuat oleh diri sendiri.

Kesedihan melanda jiwa, kerana tersalah tidak pergi ke program tersebut awal-awal lagi. Terus ke bilik, letak beg dan melangkah ke sana.

Gelap malam ditambah berjalan seorang diri menyebabkan saya takut dan tersalah jalan. Terasa risau berjalan ditempat yang baru sekali dua saya melaluinya.

Tiba-tiba datang satu perasaan gentar. ditambah dengan jalan yang sunyi, menyebabkan saya terpaksa membuat keputusan untuk berundur dari terus melangkah.

Kesayuan melanda diri, teringat kepada Rasulullah S.A.W . terasa diri ini seperti tertinggal untuk mendengar berita baik, khabar2 yang disampaikan mengenai kekasih jauh. Rasulullah. S.A.W oleh ustaz Akashah dan Ustazah siti nor baiyah. Hmm.

Saya terpaksa. memandangkan saya keseorangan dan saya terlambat. Maka saya terpaksa menahan diri untuk kesana. Lagipun jam sudah ke angka 10.

Pulang dengan lapar. Saya singgah di kedai burger, untuk bekalan tenaga. Pulang dengan kesayuan. Moga ada lagi berita-berita mengenai Rasulullah.

Episod 2:
Semalam tidur termimpi-mimpi. Tiba-tiba terjaga jam sudah 7.20 pagi. Mujur saya uzur. Terasa telefon bergetar. 11 miskol. Ya ALLAH. Ada msg. Dalam 12.53 pagi tadi. Msg penting yang menyuruh saya bersedia untuk misi penting jam 8.00 pagi. Ya ALLAH. Alhamdulillah keadaan emosi terkawal. Budget2 masa. Bersiap. Terlewat 10 minit. Akhirnya..

Saya sampai ketempat itu. Tempat yang menjadi saksi mengatakan saya akan jadi berbeza dari orang lain. bebanan, tanggungjawab, kawan-kawan, keutamaan. Saya redha, dan tiba2 hati saya jadi tenang. ramai kawan2 yang bersama-sama. dan mungkin ini adalah garis penamat untuk keserabutan saya selama ini. ya. Ini adalah garis penamatnya.

Sahabat memulakan dengan tazkirah tentang Abdulullah bin Zubair. Anak kepada Asma bin Abu Bakar. Berkata tentang keberanian Abdullah bin Zubair, menentang kemungkaran sistem monarki yang dijalankan oleh Muawiyah dan anaknya. Abdullah mati syahid kerana menentang sistem tersebut. Pengajaran yang cuba dibawa oleh sahabat tersebut adalah hayatilah sejarah silam untuk membawa diri kita untuk mengharungi ranjau dan pancaroba ini didunia ini.

Kemudian ustaz memberi tazkirah. tentang cahaya. Cahaya hanya akan sampai kepada orang yang bersih. Seperti mana Rasulullah umpama cahaya yang menerangi bumi ini. Untuk menerima cahaya, kita perlulah bersih dari dosa.

Kemudian ustaz membaca contoh tentang lidi. Lidi tugasnya untuk memberishkan sampah. Kita adalah umpama lidi. Bersatu menjadi kuat. Lidi yang berkualiti, kuat penting untuk membentuk segumpal lidi, bagi membawa sampah-sampah yang berciciran. Suatu analogi penting bagi kita yang hendak menjadi orang yang membersihakan sampah-sampah.

Satu lagi analogi menarik adalah air terjun. Kita adalah seperti air terjun, tenang melalui celah-celah batu. Sentiasa melalui jalan mencapai matlamat iaitu kebawah. Walaupun ada batu-batu yang menghalang semasa di perjalanan mencapai matlamat, kita tetap tabah melalui jalan. Sabar dan perlahan-lahan. Itulah kita. Kita adalah air terjun! Heheh.

Pagi 12 rabiul awal yang cerah. Akan kutitip dalam diari hidupku.

Episod 3:
Selepas balik dari misi penting, saya ke bilik. berehat sebentar. Kerana jam 3 saya ada perjumpaan kumpulan untuk buat sistem.

Usai balik, saya terjumpa dengan seseorang. Menolong sikawan tu setup internet. Jam 7.10 saya balik. Jam 8 dapat msg turun ke satu prg. menarik juga dan saya ingin kongsikan bersama-sama sahabat-sahabat semua.

Pertama tentang adab menuntut ilmu
1) Betulkan niat
2) Diam
3) Dengar
4) Fikir
5) Sebarkan

Sewaktu remaja, kita ada masalah yang perlu diselesaikan iaitu masalah mengenal diri kita.
3 masalah yang perlu diselesaikan adalah:
1) Siapa diri kita? Dari mana kita datang? Kemana kita nak pergi?
2) Masalah matlamat. Matlamat jangka pendek (dunia) matlamat jangka panjang(akhirat)
3) Masalah sistem. mesti guna sistem islam.

Kemudian, ustaz menyambung perbicangan oleh pegawai kaunseling tersebut. Ustaz menambah dalam menuntut ada 6 perkara

Ambil dari surah Iqra

1) Baca/kalau tak nak baca, dengar orang yang dah baca.
2) Dengan nama tuhanmu - Betulkan niat kerana ALLAH
3) Yang menjadikan manusia dengan segumpal darah-Manusia di jadikan kepala dan ekor dahulu. Kepala untuk fikir
4) Yang mengajar dengan pena-Kena tulis, catat.

Kesimpulannya
1)Pre: Betulkan niat kerana ALLAH
2) Kenalah baca
3) Atau dengar orang yang dah baca
4) Bila dah dengar kena fikir
5) Kena tulis
6) Kena sebar

Contoh ikutan terbaik kita:
1) Rasulullah
2) Ibu bapa kita
3) guru kita / atau orang yang bagi ilmu kepada kita.

Rasulullah berkata. Sebaik-baik orang perempuan adalah:
1) Maryam
2)Asiah
3) Khadijah
4) Fatimah
5) Siti Aisyah

Nak jadi perempuan yang baik, kena teliti sirah mereka ini.

Cukup setakat ini. Wassalam



















No comments: