3/07/2008

Memaknai satu undi kerana ALLAH.

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Destinasi:

Laman Web Menarik Hari Ini:

Pengajaran hari ini:
Pulanglah Kerana ALLAH

Alhamdulillah, usai saya kerja yang tertangguh, cuma tertinggal satu yang saya tidak tahu buat.
Sehari-hari saya menahan diri daripada menulis disini.

Seperti tajuk diatas, memaknai satu undi kerana ALLAH.

Selama setahun saya mendiami Kelantan Darul Naim. Sungguh terhibur hati ini, masakan tidak,, setiap hari Jumaaat pasti terkumpul kami warga Kelantan mendengar dari buah hati kami memandan menteri Kelantan tentang ilmu. Ilmu ini penting sahabat-sahabat semua. Ilmu membuatkan kita dekat kepada ALLAH. Cuba sahaja sahabat-sahabat lihat kepada orang yang berilmu dan orang yang tidak berilmu. Apakah ada beza diantara mereka dari segi kelakuan, perangai, tutur kata dan sebagainya.

Buah ilmu itu kerendahan hati, tidak mudah berputus asa, berlemah lembut dalam tutur kata

Pengalaman mengendalikan Pameran Mukjizat Al-Qur'an 2007 pada bulan Disember tahun lepas benar-benar mengajar saya tentang kepentingan ilmu itu. Berbeza sungguh orang yang berilmu dan tidak lebih ilmu ni. Cara mereka bercakap lemah lembut, Dari segi ketepatan masa mereka adalah orangnya. Berkawan dengan Prof, mereka yang menunggu kita jika ada pertemuan. Kadang-kadang terpukul dan tercabar, tetapi itu adalah beza orang yang tinggi ilmunya dan orang yang tidak berilmu.

Penting bagi seorang pemimpin mengutamakan pendidikan(ilmu) lebih-lebih lagi ilmu jiwa yang semestinya bijak membawa kita kepada jalan syurga, kerana jalan untuk memperoleh ilmu itu menuntut segala pengorbanan juga kesabaran

Yang pastinya apa yang saya cuba bangkitkan kerana satu undi sahabat-sahabat semua akan mengubah dari yang benar kepada yang palsu. Dari yang mengagung-agungkan ciptaan ALLAH akal yang fungsinya berfikir kepada yang merendahkan ciptaan ALLAH dengan menipu akan manusia dan menghadkan pemikiran umatnya (mental block) menuju ALLAH.

Bayangkan tanpa satu undi anada kepada yang bersih (PAS), tiada lagi kuliah di hari-hari Jumaat. Bayangkan pula pemimpin yang memimpin duduk dirumah besar berbanding dengan Tok Guru yang hanya di rumah kecil.

Bayangkan tanpa satu undi anda kepada yang menjalankan Hak, konsert tiap-tiap minggu dijalankan untuk isi ilmu nafsu.

Bayangkan tanpa satu undi anda kepada yang menjalankan Hak kes penculikan, rompak rumah sering berlaku.

Bayangkan dan terus bayangkan.

Berfikir, bukan untuk hari ini, tapi untuk seterusnya. Fikirkan kenapalah UMNO nak sangat menang di Kelantan? Apa yang ada di Kelantan tu sampai UMNO pelahap sangat nak kelantan? Sebab di Kelantan ada minyak, yang Kerajaan pusat tak luluskan kepada Kerajaan PAS untuk dibagunkan. Kenapa nak sangat Kelantan? Kenapa? Fikirkan?

Saya ada terdengar desas desus, artis banyak tolong BN. Terdengar perbualan, " Yerlah, mestilah artis sokong BN, nanti tak boleh konsert pula kalau PAS memerintah Negara. Salah tu kawan-kawan semua. Konsert MAWi pernah dijalankan di Kelantan. Tapi kenalah ikut syarat yang Islam telah tetapkan. Duduk lelaki perempuan mesti asing-asing. Keluarga di tengah. Kenapa lah nak asing? Penting duduk asing-asing ni, Hanya perempuan yang ada maruah sahaja ayang pentingkan keselematan suka duduk asing-asing.Mana tak nya kalau duduk sebelah lelaki eee rasa tak selamat. Rasa maruah tu nak tercabut pun ada. Korang tak rasa ke macam tu ? Hu hu hu.

Hati-hatilah. dan berfikir lah. Jangan tutup fikiran rakyat, kerana rakyat yang tidak mampu berfikir dengan baik adalah rakyat yang lemah. Bila rakyat lemah, senanglah orang nak jajah. Oh ya, Tahniah Kelantan, kerana sentiasa buka minda rakyatnya, setiap hari Jumaat dengan majlis ilmu dengan Tok Guru Menteri Besar tu. tengok live lagi. Oklah. Teruskan berfikir. Kalau rasa macam otak dah beku. cairkan otak anda. Hehe.

Orang-orang di Kelantan yang diperantauan. Pulanglah. Maknailah undi anda kepada yang mahu kepada ISLAM. Anda adalah hebat jika anda pulang menyelamatkan kelantan dari gangguan makluk nak kaya. ehehe.

Oklah. Wassalam

No comments: