4/13/2008

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Destinasi:

Laman Web Menarik Hari Ini:

Pengajaran hari ini:
Hidup ini adalah untuk memberi yang terbaik

Akhirnya, dengan rahmat ALLAH, akhirnya sampai juga ke titik akhir semester ini. Finallay. Muhasabah, hendak dimuhasabahkan untuk renungan di masa hadapan.

Allahuakbar, betapa bersyukur walau sering diri ini tersungkur di dalam perjalanan.

Perjalanan menuntut ilmu adalah perjalanan menuju mengenali ALLAH. Jalannya susah, perlu kejujuran semasa mengikutinya, perlu kesabaran, ketabahanan. Perlu bersikap amanah. Jalan ini perlu keimanan yang tinggi untuk melaluinya. Untuk melaluinya dengan berjaya, perlulah sungguh-sungguh. Sehari bertangguh bermakna sebulan ketinggalan.

Sungguh, sebenarnya, saya tidak menumpahkan sepenuh tenaga dan usaha saya keatas kerja-kerja saya di sini. Sungguh sebenarnya saya tidak buat sepenuh hati, tidak mendalami dengan penuh perasaaan. Sungguh. Saya tak habis tenaga lagi untuk terus buat yang terbaik. Saya tak puas, kerana saya tidak memberi yang terbaik.

Moga semester depan, dapat saya lalui dengan baik. Moga semester depan, saya akan terus siapkan kerja yang diberi hari itu juga. Saya akan berjumpa dengan lecturer secepat mungkin apabila tidak faham, terus bertanya biar rasa macam malu pun, saya ulangkaji setiap hari. Saya akan rakam lecture yang disyarahkan..buat peta minda diakhir kelas, kalau tak boleh buat tu tak faham lah maknanya tu, ehehe.








1 comment:

cakapaje said...

Salam Mumtazah,

layout baru ek? 2 hari lalu masih layout lama :)

Chocbox tu, bila nak submit saya tak jumpa pula button dia...masih tak pandai lagi :)