5/07/2008

Masa berlalu yang dikenang

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Destinasi:
Rumah

Laman Web Menarik Hari Ini:
Mufti Perak
Mufti Perlis
Tips Menjadi Seorang Penulis Produktif
Perjuangan Hidup
Tukar Gambar jadi Gambar Lama
Kehidupan ringkas, tapi signifikan
Membina minda cemerlang
Nak beli batik caftan?
Pelawan Virus
Cara Mengatasi Virus Jambanmu.com
13 Kelebihan Setting Gmail Yang Boleh di manafaatkan
Motivasi Belajar
Tambah Pengetahuan

Pengajaran hari ini:
Jika tidak tahu, buatlah sedikit yang kita tahu, jangan ditinggalkan semua.

Kata hikmah Hari ini:
Air yang tidak mengalir, akan merosakkan air tersebut. Pemuda yang banyak masa kosong , akan dibunuh oleh masa kosong itu


Bila umur berlari meninggalkan masa

Sedar tidak sedar, 10 hari lagi bakal mencipta sejarah bahawa blog ini sudah berusia umur saya akan bertambah satu tahun lagi. Saya masih ingat, blog ini dibina sewaktu saya ingin membina kenangan hari lahir saya. Saya berhajat melakukan satu sejarah pada tahun itu dengan membuat sebuah blog sesuai dengan sesuatu yang patut dicapai.

Setiap tahun, pasti setiap orang mempunyai hajat untuk dicapai. Semalam, semasa saya memandu pulang dari tempat peperiksaan, saya terfikir, selepas belajar ini, apakah hala tuju saya. Saya hendak kemana dan bagaimana? Jika seorang yang mengambil ijazah pendidikan, tentu akhirnya akan menjadi seorang guru, tetapi bagaimana pula dengan saya? Apa yang saya akan jadi selepas ini. Beberapa perkara bermain didalam fikiran saya. Samaada mahu mengikut pelan yang dirancang atau bagaimana. Itu pelan yang dirancang jika saya belum berkahwin. Jika sudah berkahwin bagaimana pula keadaaanya. Semuanya menjadi tanda tanya kepada saya, yang sama ada dua, saya mahu tentukan ia, (semestinya dengan izin ALLAH), atau saya membiarkan urusan itu berlalu mengikut rentak masa. Wallahualam.

Bila leka dengan masa, masa akan meninggalkan kita.

Apabila kita membiarkan masa mengatur hidup kita, maka kita akan lupa pada tempoh masa yang ada ini. Apabila dipejam celik, sekejap sahaja sudah berlalu 5 tahun. Daripada seorang pelajar yang tidak tahu cara belajar, daripada seorang pelajar yang gagal dalam STPM, tidak dapat kemana-mana IPT, daripada seorang biasa yang menjadi guru ganti, guru sandaran. Daripada seorang guru muda yang menyambung pelajaran kerana rasa rendah diri hingga menjadi seorang pelajar pemegang Diploma Sains Komputer (yang tidak merasa majlis graduasi kerana sibuk bekerja untuk PMaQ dan juga peringatan untuk sambung belajar dan hadiri majlis gradisi peringkat sarjana muda). Itu adalah perjalanan yang mematangkan diri.

Apabila merenung kembali, apa yang saya dapat melalui Diploma Sains Komputer yang saya ada? Sebuah ilmu? sebuah kesabaran? sebuah kegagalan? Maka peluang untuk belajar di peringkat sarjana ini, saya berhajat bersungguh-sungguh untuk mengungguli ilmu yang setara sijil sarjana muda yang bakal saya dapat. Saya cuba pastikan, saya benar-benar layak dengan apa yang saya, keluarga saya korbankan untuk tempoh dua setengah tahun ini. InsyaALLAH. Maka jika sebelum ini, saya tidak benar-benar menjiwai apa yang dipelajari, maka saya cuba untuk buat terbaik pada kali ini, walaupun saya sering belajar dari kesilapan, kelekaaan saya, maka saya berharap, saya dapat perbaiki diri secepat mungkin. InsyaALLAH. Saya sangat cintakan ilmu. Jika pensyarah menerangkan di hadapan, saya sangat menghargainya, kerana saya dapati bila kita berada diperingkat sarjana ini, pensyarah lebih suka untuk pelajarnya membaca dahulu sebelum kekelas, dan ini merupakan kelemahan saya yang saya cuba perbaiki. Kadang-kadang tertekan juga, rasa tidak mahu hadir kekelas saja, baik baca buku dibilik atau perpustakaan, tapi alhamdulillah, tetap saja dipendam dalam hati. J walaupun terzahir di perkataan kepada kawan-kawan. Astagfirullahalazim.


Kadang-kadang kita terlupa

Dalam melalui perjalanan hidup ini, kadang-kadang kita terlupa di tengah jalan. Sehingga saya kebingungan dan sampai ketahap meminta sahabat menasihati kenapa saya perlu belajar. Kelemahan ini saya cuba untuk perbaiki, bagaimana cara untuk tidak lupa di tengah perjalanan hidup perlu di pelajari daripada pengalaman hidup. Kerana sifat manusia itu sendiri adalah pelupa, jadi bagaimana kita perlu agar jadi tidak terlupa adalah duduk dengan sahabat-sahabat yang boleh menasihati kita dikala kita terlupa.


Sifat hamba itu adalah untuk memberi

Hmm, sudah dua minggu saya berada di rumah, masuk minggu ini adalah minggu ketiga. Terasa macam berat badan sudah bertambah dan rasa macam tidak “fit”. Ini adalah analogi kita dalam kehidupan. Apabila hidup kita ini adalah untuk menerima sahaja, maka, ia akan memakan diri kita sendiri akhirnya kerana fitrah hamba itu adalah untuk memberi apa yang diterima. Dan saya rasa sungguh kekosongan, dan saya cemburi dengan mereka yang hidupnya sentiasa memberi disamping menerima nikmat daripada ALLAH. Kadang-kadang jiwa kosong rasa tidak berguna, kerana ini bukanlah sifat saya dulu. Apa sumbangan dan manafaat saya kepada Islam? Apa manafaat diri saya kepada orang lain? Sungguh semakin hari, semakin saya terlupa. Moga selepas ini, saya dapat menjadi seorang yang bermanafaat kepada yang lain. Ameen.

Luahan hati kepada sebuah kertas maya, untuk tatapan tidak diketahui siapa, untuk kenangan dimasa hadapan.

Saya menulis kepada siapa, sungguh saya menulis ini, seperti hati saya sedang bercakap dengan anda tapi saya tidak tahu siapa anda, Mungkin anda adalah diri saya pada masa hadapan, tapi saya cukup bersemangat untuk berkongsi dengan anda kerana saya dapat merasakan anda membacanya. Saya merindui sahabat-sahabat lama, yang membaca seterusnya memberi dorongan kepada saya, seperti kak Tun, Nummerzwei. Saya juga menghargai sahabat saya dayah yang memeriahkan hidup saya dengan tulisan dalam diari hidupnya. Saya menghargai Encik Sharir yang sanggup bermeseg bertanya khabar kenapa saya hilang lama dalam dunia maya, juga sahabat saya amdang81 . Sahabat-sahabat lain, my sister, syahidzul (yang saya tak jawab lagi tag dia), juga yang saya tidak ketahui siapa anda. Moga kita semua terus menjalinkan persahabatan di alam maya ini. InsyaALLAH. Kepada sahabat-sahabat lain, tinggalkan jejak anda di kolum chatbox, semoga kita saling berkenal di suatu masa nanti, InsyaALLAH.

Sedikit tinggalan motivasi diri untuk dikongsi bersama yang diambil daripada Internet.


Mu'adz bin Jabal r.a berkata; Belajarlah ilmu kerana;

belajar itu hasanat (kebaikan) dan
mencari ilmu itu ibadat, dan
mengingatinya sama dengan tasbih, dan
menyelidikinya sama dengan jihad, dan
mengajar kepada yang tidak mengetahui itu sedekah, dan
memberikannya kepada yang berhak(ahli) itu taqqarub(mendekatkan diri dengan Allah),
sebab ilmu itu jalan untuk mencapai tingkat-tingkat ke syurga. Dan
ia yang menjinakkan(menghibur) sewaktu bersendirian dan
kawan dalam pengasingan, dan
kawan dalam kesepian, dan
penunjuk jalan kesenangan,
penolong menghadapi kesukaran, dan
keindahan di tengah-tengah kawan, dan
senjata untuk menghadapi musuh.
Allah meninggikan darjat beberapa golongan dengan ilmu itu sehingga dijadikanya pimpinan yang dapat diikuti jejak mereka, ditiru perbuatan mereka,
Malaikat suka berkawan dengan mereka, dan mengusap-usap mereka dengan sayapnya dan didoakan oleh semua benda basah mahupun yang kering, dan ikan-ikan di laut dan semua serangga, dan binatang-bintang buas di darat dan laut dan semua ternak.
Sebab ilmu itu dapat menghidupkan hati dan kebodohan dan
pelita dari kegelapan dan
kekuatan dari segala kelemahan dan
alat untuk mencapai darjat abrar dan yang baik-baik di dunia dan di akhirat.
Dan memperhatikan ilmu itu menyamai puasa, sedang
mengingat-ingatinya menyamai bangun malam dan
dengan ilmu tersambung hubungan kerabat,
dan dikenal halal dari haram, dan
ilmu itu penuntun amal, sedang amal tetap menjadi pengikutnya dan
ilmu itu diberikan Allah kepada orang-orang yang akan bahagia dan diharamkan dari orang-orang yang celaka dan rugi.

No comments: