5/13/2008

Bunga Kehidupan

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Destinasi:
Rumah

Laman Web Menarik Hari Ini:
Ustaz Zahazan
Ustaz Abdul Basit
Intifada Ilmuan Islam
Ameer Syuhada
Dakwah Multimedia Blog
Sejarah Yang DiSembunyikan 1
Sejarah Disembunyikan 2
Sejarah Disembunyikan 3
Sastera Islami
Dr. Busyro

Pengajaran hari ini:
Bersabarlah diatas kepahitan

Entah mengapa tiba-tiba dia rasa malam ini sepi tidak bersuara. Seperti dunianya kini sepi dalam segala halnya. Tidak seperti hidupnya yang dulu-dulu, sering duduk bersama teman-teman walaupun duduknya hanya di ruang maya.

Malam ini terasa kelat. Entah apa yang diresahkan bersama dunianya yang terasa kosong. Dia mencari-mencari dimana dapat dijumpai ubat yang bernama lawan kesepian.

Kesedihan adalah teman rapat kesepian. Apabila kesepian menjelma, terasa seperti hidup tiada hujungnya.

Mungkin nikmat kesusahan adalah ubat kesepian. Dunia yang sepi dihidupkan dengan roma-roma cabaran. Susah, senang hilai tawa. Semua itu adalah teman kelangsungan.

Perit juga ya rasa kesepian. Seolah-olah tiada siapa didunia ini. Hanya ada dia dan bumi. Kipas meneman, laptop untuk diketuk hurufnya. Perit sungguh rasanya.

Apa yang perlu dijeritkan supaya kesepian ini berlalu pergi. Entah tidak tahu. Hidup yang sepi tiada teman-teman yang memahami, tiada teman yang boleh dikongsi cerita. Seperti diwaktu tidak sepi dahulu.

Pergi lah sepi, ohh...mungkin juga sepi ini adalah ubat kesepian, mungkin juga kesepian ini akan berlalu selepas kita melaluinya, kerana kesepian akan mengubati kekosongan.

Begitulah kehidupan. Ada masa tertentu, kita akan berasa gembira, seperti kita ada segalanya. Dan selepas masa itu, kita akan berasa kesepian seperti rasanya tiada apa-apa, melainkan kepedihan yang meneman diri.

Dia menulis dengan kesepian. Bertapalah kesepian dihidupnya, kerana telah dituliskan rasanya di papan maya ini. Salam sayang. Wassalam.

No comments: