5/07/2008

Ya ALLAH, tunjukkan aku ke jalan yang lurus

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Destinasi:
Rumah

Laman Web Menarik Hari Ini:
Seerah Nabawiyah
Teknik Save Webpage menjadi PDF oleh MelayuBuntu
Teknik Membuat Widget
Disertasi
Menerobos Mata Hati
Kecilkan image anda di sini
Download Software pembuat poster
Motivasi Islami
Miqra Indonesia






Pengajaran hari ini:
Setiap masalah akan ada jalan keluar, insyaALLAH.

Sebuah pencarian akan berakhir dengan jawapan. InsyaALLAH

Apabila kita sedang bermusafiran dalam alam kehidupan ini, kadang-kadang kita terberhenti dengan ujian-ujian yang berbentuk kesengangan dan kesusahan. Kadang-kadang diakhir perhentian itu, kita terlupa dimana arah seterusnya kita lakukan, dan mungkin bagaimana, dengan apa arah yang patut kita tujui. Persimpangan yang kadang-kadang hadir dalam kehidupan kita kadang-kadang memerlukan kita membuat keputusan. Dan mungkin juga kadang-kadang kita tidak tahu mengapa dan bagaimana hendak membuat keputusan itu.

Begitulah hidup. Kita mesti membuat keputusan, arah mana dan bagaimana untuk kita teruskan perjalanan. Dikala tidak tahu ke mana arah, pintalah petunjuk dari ALLAH dan mohon juga pertolongan dari sahabat-sahabat yang boleh membawa kita kea rah jalan keluar. Satu perkara penting, arah jalan keluar, perlu lah kita tulis juga simpan (menulis matlamat) supaya apabila kita lupa dan tidak tahu, kita boleh merujuk kepada simpanan yang kita ada.

Tadi, saya hilang motivasi hendak meneruskan pembacaan. Tiba-tiba saya terasa hilang sebab untuk saya meneruskan pembacaan. Tapi saya percaya, saya tidak boleh lama-lama membiarkan keadaan saya tercari-cari seperti ini, kerana masa tetap akan meninggalkan saya pada akhirnya. Dan alhamdulillah, masalah ini ada juga jalan keluarnya dengan izin ALLAH. Terniat dihati saya, jika terjumpa jawapan, saya ingin kongsikan didalam blog ini. Osman Affan dalam laman web motivasibelajar.com telah menyenaraikan beberapa langkah dalam untuk memastikan kita mendapat A dalam pelajaran kita. Tapi saya tidak mahu bercerita panjang mengenai itu. Saya ingin berkongsi sedikit sahaja. Pertama, adalah tulis apa yang kita hendak, Kemudian tulis juga mengapa kita berkehendak pada sesuatu itu. Benda ini akan merangsang sel otak kita untuk ingat apa yang kita inginkan. Seterusnya akan menggerakkan tubuh badan kita untuk melaksanakan apa yang kita hendakkan itu. Tapi dengan syarat kita perlu tahu apa yang kita inginkan.

Alhamdulillah, cara begitu berkesan. Dan baru tadi saya termotivasi dan teringat kembali asbab saya perlu menguasai sesuatu subjek tersebut. Itu adalah kerana saya ada agenda ummah yang lebih besar selepas ini, iaitu membuat PHD tentang rangkaian(networking) yang akan saya carikan asasnya daripada Al-Qur’an Al-Karim. InsyaALLAH Ameen. J Saya pernah berkongsi rasa dengan makcik saya, seorang Timbalan Dekan, Senior Lecturer di tempat saya belajar. Katanya, saya buat kerja saya, dan InsyaALLAH dia akan bantu saya jika saya buat kerja saya (belajar). Saya juga ada cadangkan kepadanya, tentang pengalaman saya mengadakan PMaQ. Tentang perkara-perkara yang saya lakukan untuk membuat satu plan pameran. Tentang apa yang boleh dikajikan didalam Al-Qur’an. Dia agak berminat medengar, tapi mungkin tidak faham kerana tidak jelas penerangan saya kepada dia. Saya kata padanya, dengan kedudukannya yang ada padanya, dia boleh melakukan kajian yang terdapat didalam Al-Qur’an. Boleh temui perkara baru, seterusnya menjadi pelopor dalam bidang tersebut. Tapi mungkin apa yang saya maksudkan tidak jelas juga tidak ada proof yang kuat.

Sahabat-sahabat semua, semasa saya mengendalikan PMaQ, saya mendapat nasihat daripada sahabat saya. Sebelum saya menerima nasihat dari beliau (saudara Anam: belajar di Mesir sejak umur 8 tahun) saya mencari kaedah terbaik bagaimana mahu membongkar keajaiban AL-Qur’an ini. Benda ini terlalu susah. Rangka tidak ada. Dan ini merupakan kali pertama diadakan di Malaysia ini. Beberapa pertemuan kami lakukan dengan pihak akademik, pakar tafsir, ustaz dan sebagainya, tapi masih tidak tahu, bagaimana mahu merelisasikan pameran tersebut. Dan akhirnya sahabat saya Anam menasihatkan saya, rujuklah tafsir mukhtabar seperti ibnu kathir dan sebagainya dalam membuat rujukan, walaupun sebenarnya hampir keseluruhan buku telah saya gendong ketempat saya dari perpustakaan. Saya berhenti dari membaca buku-buku tentang mukjizat Al-Qur’an. Kemudian saya mula membongkar tafsir-tafsir yang dimaksudkan oleh sahabat saya tadi. Alhamdulillah, sungguh banyak perkara yang boleh didapatkan dari tafsir, kerana seperti yang kita ketahui, kitab Al-Qur’an itu semuanya benar dan terpelihara. Pengolahan dari tafsir ( yang terdiri juga hadis-hadis yang menjadi hujahnya) menerbitkan satu jawapan kepada saya. Saya cuma perlu membuktikan apa yang ditulis dalam Al-Qur’an itu benar dengan meminta kajian dilakukan. Contoh tentang ayat kejadian manusia. Bukti yang benar telah tertulis didalam Al-Qur’an, cuma saya perlu pergi berjumpa dengan pakar yang sepatutnya untuk mencari contohnya. Allah Maha Besar.

Cita-cita saya, maka selepas ini, moga-moga saya dapat membongkar sesuatu untuk diri saya sendiri InsyaALLAH.

Graf Kehidupan

Tiba-tiba sahaja saya teringat tentang perkara ini. Sewaktu menjadi fasilitator untuk program anjuran Baitul Hikmah suatu masa dahulu, ada satu modul tentang graf kehidupan. Sekeping kertas diberikan, dan adik-adik diminta untuk meletakkan graf kehidupan yang dilalui melalui umur(paksi –x) berlawanan dengan pencapaian(peristiwa hidup kita, positif ke, negatif ke)paksi-y.


Selepas melukis graf kehidupan tersebut, adik-adik diminta menceritakan tentang apa yang lakarkan tersebut. Pelbagai kenangan akan buka kembali dengan cara ini. Saya teringin untuk tulis mengenai graf kehidupan ini, moga-moga saya dan anda dapat faedah dengan mengimbau kembali zaman lampau kita, kegagalan yang kita hadapi pada sekian umur, juga kejayaan yang dikecapi, moga-moga termotivasi. Sungguh, Allah jadikan setiap manusia itu hebat. Percayalah!.Doakan saya untuk peperiksaan terakhir lusa. Wallahualam.

No comments: