7/02/2008

442

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Destinasi:

Laman Web Menarik Hari Ini:
Mesti Baca. Q10 software membantu menulis

Pengajaran hari ini:

Sifat sabar adalah satu ciri penting yang wajib dimiliki oleh pelajar yang mengambil jurusan yang berkaitan dengan teknologi komputer khususnya. Juga suatu bonus kepada mereka apabila dapat memandang sesuatu dengan cara yang mudah. Contoh yang paling mudah adalah seperti saya yang biasa mengedit gambar menggunakan Paint. Suatu hari, keadaan berkehendakan saya menggunakan photoshop untuk mengedit gambar dan juga kerja-kerja lain. Maka perasaan pertama yang timbul adalah susahnya photoshop. Bagaimana saya boleh lakukan perkara tersebut. Akhirnya saya setelah beberapa hari saya cuba mendekati photoshop, maka otak saya mula menerima dan berkata, sebenarnya photoshop ini adalah seperti mudahnya menggunakan PAINT. Cuma Photoshop mempunyai banyak lagi kemampuan yang boleh mengatasi PAINT.

Memandang sesuatu perkara dari tingkat ke tingkat mampu membantu kita mengurangkan tekanan. Juga melakukan sesuatu perkara sedikit demi sedikit tetapi berterusan adalah sifat fitrah kita. Masih kita ingat bagaimana kita boleh berjalan? Kita melalui proses yang sepadan dengan keupayaaan kita pada masa itu. ALLAH telah menunjukkan bagaimana harus kita bekerja. Lihatlah anak kecil yang suci itu. Disitu ada jawapan. InsyaALLAH.

No comments: