7/03/2008

443

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Destinasi:

Laman Web Menarik Hari Ini:
Ustaz Zahazan
Tips Belajar
Google Sketch Up
Satu hari satu kuliah
Download Motivasi Iman
Download Alternatatif Real Player
Video Belajar



Pengajaran hari ini:

Salam malam dari saya. Di embun pagi jam 2.14 pagi ini, waktu yang saya tidak dapat melelapkan mata. Saya sedang belajar membiasakan diri berqiam di malam hari supaya senang nanti meniti waktu. Sedar atau tidak sedar dalam 2 hari lagi kita akan melangkah ke bulan rejab. Selepas Rejab adalah Syabaan, kemudian adalah Ramadhan. Ada yang mula membiasakan diri berpuasa sejak dari Rejab lagi, supaya "rasa" Ramadhan itu dapat dikecapi sepenuhnya, kerana Ramadhan bukanlah sepatutnya bulan untuk mula berlatih, tetapi bulan mengecapi rasa manis.
Untuk tahun ini, saya mula membilang hari menuju ke Rejab, moga-moga tahun ini saya dapat rasa kemanisan Ramadhan.

Umur 25
5 bulan lagi akan bertambah lagi ke angka 26. Sungguh masa berlalu sungguh cepat. Masa untuk menghabiskan pengajian dalam sarjana muda ada satu setengah tahun lagi. Ketika itu umur saya sudah 27 tahun setengah. Saya bercadang membuat master dalam setahun jadinya umur 28 tahun setengah, Moga-moga sebelum umur 30 tahun saya dalam track membuat PHD. Doakan ya. Umur 25 sungguh kompleks bagi saya. Dalam perjalanan merentasi hidup ini, saya terasa saya ketinggalan jauh dengan sepatutnya umur saya kecapi. Masakan tidak, umur 25 adalah sepatutnya umur untuk berkahwin. Pada awal 25, saya menghadapi sedikit tekanan. Alhamdulillah masa itu telah berlalu dan masa sekarang untuk saya melangkah terus insyaALLAH.

Mengatur masa
Penting kita untuk mengatur masa, agar kita sedar kemana usia masa kita itu dihabiskan. Agar tidak terlalu terkejut kita melalui masa. Alih-alih sudah umur 25. Sungguh saya tidak bersedia langsung untuk melalui umur 25!

Masuk Belajar
Minggu depan, InsyaALLAH, saya akan meneruskan pengajian saya. Untuk semester ini, saya mengambil subjek XML, Network Protocol Survey, dan seterusnya. Moga ALLAH permudahkan urusan saya ini. Ameen. Moga semester ini memberi kejayaan pada kareer belajar saya. Buatlah dengan sesungguhnya dengan perasaan mahu cemerlang kerana ALLAH. Ameen.

No comments: