7/11/2008

447: Kita Rindu

Bismillahirahmanirrahim

Ahad lepas saya ke protes, lebih kurang jam 11.30 keluar rumah, saya di stesen masjid jamek kira-kira jam 12.00 kemudian bertolak ke Stadium lebih kurang jam 12.15. Jam 1.00 kami sampai. Waktu itu hampir akhir aturcaranya. Kami sampai di tempat yang selamat rupanya, bukan seperti keadaan BERSIH dahulu kami berjalan dan dipanggil itik oleh encik ini Sampai disana, saya agak terkejut, keadaan lenggang dan sungguh selamat. Tidak nampak pula kelibat pak-pak polisi disana. Saya kata pada kakak, marilah kita balik memandangkan saya ada beberapa perkara yang perlu saya selesaikan kerana melihat pada keadaan, rasanya saya tidak perlu berada lama disana.
"Solatlah dulu, kakak kata, mula-mula menolak dengan cadangan, nanti kita solatlah di Masjid Jamek. "Solatlah dulu, masuk waktu dah ni" Kami mencari bilik air. Surau pula dipenuhi oleh jejaka beriman. Maka si muslimat melilau-lilau cari surau. Kakak kata kita cari tempat lapang dan bersih, solat saja disana. Mula-mula agak kekok. Kakak mengajak kita solat di padang, tapi kita kata tak ada pun muslimat, semua muslimin. Kita tergagak-agak kerana tempat solat kita tu atas stadium, yang muslimin dibawah stadium yang maknanya kita didepan mereka, tapi tersorok pandangan dengan tiang. "Allahuakabar" Opps..kakak dan angkat takbir, solatpun bermula diatas batu dilapik dengan sapu tangan yang berterbangan. ya ALLAH, itu kenangan yang membina pengetahuan juga kebiasaan. Dan hari ini saya mengamalkan ilmu kakak. Tak perlu lagi saya berasak-asak disurau yang penuh sehingga boleh menyebabkan saya tidak khusyuk untuk memberi laluan kepada orang yang nak pergi kekelas untuk solat. Sekarang saya ada banyak kelas kosong beraircond dan tempat lapang untuk solat. Allahuakabar. "Sujudlah dimerata-rata kerana tempat yang kita sujud itu akan menjadi saksi kita diakhirat nanti "kata abu laits...ALLAH...

No comments: