7/29/2008

Apabila masanya sudah tiba

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Destinasi:
Kelas

Laman Web Menarik Hari Ini:
-

Pengajaran hari ini:
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Buatlah yang terbaik, kerana kita tidak tahu kita mati bila.

hari ini, hari yang agak sedih pada diri dia. Dia hanya mampu bangun dengan tidak penuh semangat, rasa keadaan seperti tertekan. Malam semalam kepalanya sakit. Dia tidak pasti sama ada disebabkan tekanan yang dialami atau apa. Dia tidak boleh langsung mendengar orang bercakap kuat. Rasa hendak pecah kepala. Dia cuba untuk meleraikan kekusutan ini dengan mandi seterusnya minum radix, namun masih tidak kebah rasa dalam diri dia. Terus dia ke depan untuk menonton tv. Untuk mengubat hati yang keresahan, namun emosinya masih tidak stabil lagi. Lalu dia mengambil kesempatan untuk berehat sahaja didalam bilik.

Jam 6. pagi. Mungkin dia terlalu memikirkan minggu ini minggu ke empat, dan minggu-minggu tekanan bakal hadir tidak lama lagi. Puas di pujuk hati ini, cepatlah pulih, Dia kekelas jam 7.05 pagi, hantar adiknya kesekolah dan kemudian ke kampus. Pagi yang muram untuk dirinya di murami lagi dengan satu accident yang berlaku sewaktu hendak kekelas pagi tadi. Kejadian menyedihkan itu berlaku dengan bas dan motor. hancur motor. Dua orang terbaring, seorang lelaki dan seorang perempuan. Lelaki itu insyaALLAH selamat kerana dia telah mengangkat kepalanya, tapi perempuan disebelahnya masih terlentang tidak sedarkan diri. Dia terus berpusing balik apabila pak guard, arah kami berpusing. Dia pusing satu kampus untuk ke tempat parking. Rasanya seperti terlambat, tetapi apabila masuk, pensyarahnya tidak kelihatan. Begitulah cerita. Dia bersyukur ALLAH hidupkannya sehingga hari ini. tapi dia berdukacita diatas segala dosa yang dibuatnya sehingga hatinya tidak gembira seperti selalu.

No comments: