7/20/2008

Bila Minyak Habis Lagi

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Destinasi:
Rumah


Pengajaran hari ini:
Jangan bertangguh walaupun lambat.

Kejadian pertama terjadi pada hari Rabu yang lepas. Dia tergesa-gesa keluar dari kelas yang sepatutnya ada tapi tiada pensyarah. Kawanya bertanya, hendak kemana. Dia menjawab, dia hendak balik. Bila lambat, jem pula nanti. Semuanya dibicarakan panjang lebar dalam hati. " Asyraf, kalau ada kelas, miss call ya. Kata dia kepada kawanya yang dia boleh harap. Bergegas pulang. Hajat hendak isi minyak ditangguhkan dahulu kerana dia ingin berkejar dengan masa yang berkadar langsung dengan kenderaan yang melalui lebuh raya persekutuan. Stesen Petronas dan Esso telah dillepasi dengan penuh yakin. Tiba....eh eh tersedak-sedak pula kereta ni. Tak pernah terjadi pula kes seperti ini. Gear menjadi ketat. " Aik, tak akan tak ada minyak, warna merah tak keluar lagi. Kata hatinya sendiri. Dia menolak kereta yang kebetulan berada dipertengahan lepasan simpang. Perlu tolak kehadapan sedikit kerana kawasan situ penuh sesak dengan kenderaan. Seorang lelaki cina telah berhentikan kereta dan menolongnya. Kemudian lori pula tolong menolak kereta tersebut. Orang lelaki tu hendak buat macam mana ni. Saya kata saya akan ambil teksi dan kemudian cari minyak. Orang lori tersebut dengan baik hati menawarkan kereta itu ditarik dengan lorinya. Saya bersetuju dengan pertolongan tersebut. Alhamdulillah. ALLAH permudahkan urusan orang yang berpuasa pada hari itu.

Kejadian kedua berlaku semalam. Minyak yang saya isi RM10 sebelum bertolak ketapak program. Tugas saya selepas program adalah dikehendaki menghantar adik adik tersebut pulang ke tempat masing-masing. Saya sedari jarum minyak telah lebih dari E. Tapi saya pasti masih boleh bertahan lagi sehingga urusan saya menghantar mereka selesai. Waktu itu tenghari saya pasang pula Aircond. Jalan berterus2 kemudian di bulatan, tiba2 kereta menjadi ringan, sama sindrom seperti hari rabu yang lepas. Saya nafikan minyak habis kerana biasa saya isi RM 10 pergi dan balik selamat sampai, Alhamdulillah. Tapi saya tak boleh berbuat apa-apa dan terpaksa mngakui dan meminta tolong. Dua sahabat hero datang menolong dengan motornya. Mungkin ALLAH hendak panjangkan hubungan ukhwah dengan kejadian ini. Mungkin dan InsyaALLAH.

Apa pun yang terjadi, dia ucapkan Alhamdulillah.





No comments: