7/01/2008

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Destinasi:

Laman Web Menarik Hari Ini:
Cari PDF

Pengajaran hari ini:

Alhamdulillah, sedar tak sedar, hari ini sudah masuk ke satu julai, bulan ke 7 dalam tahun ini. Betapa masa begitu cepat dirasakan berlalu. Usia kita juga meningkat sehari demi sehari sama ada kita sedar atau tidak.

Detik-Detik
Tahun ini, saya memulakan pengajian untuk peringkat sarjana muda.
31 Januari - Wan Darimi dilahirkan

Makin hari, saya hanya merenung sahaja blok saya ini, tiada yang menarik yang saya rasa untuk dikongsikan dalam diari maya saya ini. Kalau dulu, setiap hari pasti sengaja mengadakan peristiwa untuk dicatat di sini.

Cuti-Cuti
Tidak lama lagi, saya akan kembali meneruskan kuliah. Setelah cuti saya hampir satu bulan setengah. 3 minggu pertama saya habiskan dirumah, kemudian saya ke Kelantan untuk membantu sahabat juga dalam masa 3 minggu, 1 minggu di kampung di Setiu. Dan hari ini dan seterusnya akan menghabiskan masa yang berbaki di rumah untuk membaca serta membuat persediaan untuk masuk belajar kembali.

Pengalaman yang mendewasakan
Lima bulan pertama dalam membuat sarjana ini, setengah daripada kami mungkin terkejut. Cara belajar yang kearah seperti kami hendak membuat sarjana. Kami perlu memahami sesuatu dengan cepat. Pengalaman ini tidak dapat dilupakan. Pengajaran juga saya banyak perolehi. Ustaz Azman Shafawi ketika memberi tips untuk menjadi pelajar cemerlang pernah berkata persediaan perlu dilakukan sebelum kita memulakan kursus. Katanya dia belajar dengan senior terlebih dahulu dalam masa cutinya.

Masih teringat saya atas kelalaian diri yang terlepas dengan masa, nota hanya di printi diakhir hendak final, sebelum ni nota ada di dalam laptop. Mungkin selepas ini nota perlu disediakan terlebih dahulu, sumber-sumber dikumpulkan, dijadikan rujukan sebelum kekelas. Ini baru cara belajar sarjana. Juga sumber-sumber seperti youtube perlu digunakan untuk belajar. Lihatlah seberapa banyak youtube untuk menambah ilmu. PDF search juga boleh digunakan untuk membantu

Nota perlu di print secepat mungkin dalam bentuk setengah a4, dibawa kekelas. Perakam mp3 juga mungkin berguna untuk merakam rakaman pensyarah untuk rujukan masa akan datang.
Juga selepas akhir kelas, duduk sebentar untuk membuat peta minda, sebelum pulang kerumah. Untuk berjaya membuat peta minda, perlu ada nota lengkap, baca sebelum kekelas, catat nota penting, kemudian baru boleh berjaya. Itu langkah yang akan diambil oleh saya insyaALLAH.

Setiap orang, apabila saya bersama dengan mereka, pasti saya akan pelajari sesuatu, contoh seperti seorang sahabat saya, sanggup tidak tidur malam untuk mendapatkan sesuatu. Seorang lagi rakan saya suka bertanya senior, menghadap senior untuk mendapat tunjuk ajar. Sungguh mereka ini sungguh memberikan inspirasi kepada saya. Alhamdulillah.

Belajar dalam bidang teknologi ini, sebenarnya bukan kita belajar matapelajaran itu sendiri, tapi sebenarnya kita belajar bagaimana untuk survive dalam masa akan datang, teknik-teknik untuk bersama dengan teknologi baru. Begitulah sikap kami, kami kena cepat, do the right thing in the right time. Kami mesti sanggup belajar satu benda baru. Benda-benda dikeliling kami senantiasa berubah mengikut masa. Teknik untuk mendapat sesuatu itu yang kami pelajari. Jadi sifat salin g belajar adalah sifat kami. Jangan malu kerana tidak tahu sesuatu benda, tapi ambil sikap, saya akan belajar perkara tersebut. Begitulah teknologi, kita tidak mampu untuk mengejarnya, tapi kita mesti bersikap tidak malu jika mahu bersama mereka. Wallahualam.




No comments: