7/16/2008

Mengejar Masa Yang Hilang

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Destinasi:

Laman Web Menarik Hari Ini:


Pengajaran hari ini:


Alhamdulillah, masih hidup meneruskan hidup sebagai pelajar. Rasa rendah diri menghantui diri sekarang ini. Terasa masa yang dihabis perlu ditebus dan ia tidak lain perlu ditebus dengan sesuatu bernama bekerja keras. Jika kita seorang pelajar yang tidak tahu apa-apa, jadinya yang perlu kita lakukan adalah kerja keras. Moga-moga dengan kerja keras kita mendapat sesuatu. Itu yang kita perlu lakukan. Jika kita seorang yang lemah, lagi ditambah dengan malas berusaha, jadinya kita mahu jadi apa esok harinya?

Saya berkata kepada diri saya sendiri. Semua yang ditulis sebenarnya saya bisikkan kepada diri saya. Apa yang sepatutnya saya lakukan dan tidak lakukan. Janganlah yang membaca pula terasa lantar merasa rendah diri yang sebenarnya saya sendiri patut rasainya..

Jadinya saya mohon untuk undur diri dahulu, untuk solat kemudian memulakan kelas. Doakan saya yang lemah ini jadi seorang yang kuat berusaha. Siapalah saya jika tidak bekerja keras. Bekerja Keras. Wassalam

No comments: