8/29/2008

Bila kIta terlupa kepada yang penting untuk meminta

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Destinasi:

Laman Web Menarik Hari Ini:
Download Perisian Menulis
Download Kuliah Dari MyMasjid

Islamic Calendar/Skrip Kalendar Islam


Pengajaran hari ini:

Alhamdulillah, dia pulang awal semalam dari perpustakaan, hajatnya hendak mendengar kuliah ramadan yang disampaikan oleh Prof Kamil. Dua hari yang lepas dia telah menandakan tentang program itu dalam kertas jadual nya yang buruk itu. Berita tersebut dibacanya di papan tanda sewaktu dia melalui Dataran C. Terus sahaja dia masukkan ke dalam kertas buruk dia tersebut.

Pulang awal, itu hajatnya semalam. Belum makan, duit yang tinggal beberapa ringgit, beg berat yang mengandungi laptop dan barang-barang yang dipikulnya sejak ke kelas pagitadi. Hajatnya dia mahu simpan dahulu beg di kolej, (tentu malu membawa beg budak sekolah ke program), kemudian baru ambil duit dan pergi menaiki bas ke seksyen 2. Begitulah rancangannya pada awalnya. Tiba-tiba sampai ke simpang hendak menuju ke dataran c, bas yang membawa pelajar ke program tersebut, berhenti betul-betul disebelahnya. bagaimana ini, hendak letak beg dulu atau bagaimana. Hmmm. Lapar, belum makan, tidak berduit kerana tidak jolok lagi, begitulah keadaaanya. Bila difikirkan bas itu betul-betul berada berhenti disebelahnya, maka dia rasakan tentu ada sebabnya bagaimana ini semua terjadi. Selepas beberapa siswi naik keatas bas itu, dia turut melangkah masuk ke dalam. Doanya didalam hati, moga-moga pihak penganjur sediakan makanan untuk peserta. "Ya ALLAH aku lapar" begitulah yang dibisikkan dalam hatinya. Mungkin ini yang terbaik. Lagipun malam-malam ini, sorang-sorang bahaya, Mungkin lebih baik dia ikut sahaja bas ini demi keselamatan dia. Lagipun program tersebut berlangsung di kolej lelaki yang dia tahu hanya di syeksen dua. Tidak tahu langsung dimana dan bagaimana keadan rupa kolej tersebut.

Bas mengambil pelajar di bebarapa kolej, melati, teratai, dan seroja, tapi hanya berapa kerat sahaja yang sanggup naik.untuk kesana. Sampai disana, terus dia berjumpa dengan tempat jolok. Wah banyak pula gerai makanan katanya. Setelah dia minta izin kepada urusetia untuk menjolok duit dan membeli makanan, dia teruskan sahaja hajatnyaitu. Perlu minta izin, maklumlah dia perempuan dan berada dikawasan lelaki. Perlu hati-hati dan dimaklumkan segala gerak langkah.

Selepas membeli nasi lemak, dia bertanya kepada pakcik jaga kemana arah harus dia pergi untuk mendengar ceramah tersebut. Kata pakcik tersebut, lalu tangga dan belok kiri. Mula tersasul terus hingga membawa naik kekolej lelaki. Dia ditegur oleh sahabatnya seorang lelaki yang lama tidak dia jumpa. "Malu begitula peraaanya."

ALhamdulillah, sampai juga dia ke tempat ceramah tersebut. Hanya beberapa orang pada mulanya. Lega hatinya kerana ada makanan untuk dimakan malam ini jika dia kelaparan. Entah kenapa laparnya sekarang tidak boleh ditahan. Jika ditahan hanya perlu dia buat keputusan untuk tidur. Lapar semacam yang memakan segala tenaga yang ada padanya. Maka keadaaan tersebut tidak mahu ditempohinya kerana ia menyakitkan. Justeru dia berkeputusan untuk membeli makanan untuk sebagai lapik perut.

Duduk menunggu ditempat ceramah. Di kolej lelaki tersebut, hanya beberapa orang sahaja yang tiba, pengumuman dibuat. Penceramah hadir awal sedangkan peserta tidak ramai lagi. Selepas itu, makn ramai datang.

Entahlah, seronok gembira. Sedih, air mata dia jatuh terurai apabila hati dia disentuh oleh cerita syahdu oleh Prof Kamil. Betapa dia rindukan diri dia yang dahulu. Hidup dia dahulu. Dulu pagi-pagi pasti dimulai dengan dhuha, dingin hari pasti hajat dia adalah bertahajud. Tetapi untuk beberpa ketika dia leka dan perkata tersebut hilang sedikit demi sedikit. Betapa ALLAH sayangkan dia dengan menjemput dia untuk mencari diri dia semula.

Ceramah dimulakan dengan Prof menceritakan perihal dirinya yang agak pandai, tapi tidak dapat keluar negara. Selepas itu dia berusaha untuk menjadi yang terbaik. Dan prof memang pandai, menyiapkan PHD nya dalam masa 2 tahun setengah sahaja sesautu yang diunggulinya dalam Fakulti Perakaunan sehingga sekarang. Walaupun begitu, prof seorang yang jahil dalam agamanya. Dia tidak dapat membaca AL-Qur'an pun. Isterinya sering mengajak dia untuk menunaikan haji, namun ditolaknya dengan alasan dia masih muda, tetapi sebenarnya dia takut kerana dia rasakan dirinya banyak dosa dan paling digeruni olehnya bagaimana hendak dia mengharungi keadaaan di Mekah, sedangkan dia tidak tahu mengaji. Suatu hari, prof berhajat kepada jawatan Prof. Diberitahu kepada isterinya, tentang hajatnya, isterinya berkata"mintalah pada ALLAH" selama 6 bulan dia melakukan solat hajat untuk tujuan dia tersebut. Dan akhirnya usahanya itu berbaloi, ALLAH makbulkan doanya dan terpancullah dari mulutnya, mari kita ke Mekah.

Begitulah episodnya dirinya bermula. ...




No comments: