8/06/2008

Masa untuk bertukar

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Destinasi:
Kelas

Laman Web Menarik Hari Ini:
Tak tahu

Pengajaran hari ini:
Bengong. Saya rasa itulah keadaan saya hari ini. Semalam saya cuba menggunakan LINUX UBUNTU untuk akses internet dikolej saya tapi tidak dapat. Kemudian saya cuba swith kepada windows kembali. Tiba-tiba saya dapati windows saya sudah corrupt. Dan windows tidak meninggalkan apa-apa pesan pun hendak corrupt. 2 kali dan ia menyentap rasa dan membuatkan saya bengong. Alhamdulillah saya menggunakan dual boot, dapatlah saya mengambil fail dalam windows saya dari ubuntu tapi sudah tentulah fail nya besar2 saiznya dan sekali lagi ia membuatkan saya bengong. Mungkin masa untuk bertukar kepada Ubuntu sepenuhnya dan menggunakan virtual box untuk akses ke windows. Tapi mungkinkah windows saya akan corrupt pula dalam virtual box tu. Tak tahulah saya.
Saya betul-betul serabut. Esok saya kena present. Dan semalam pula laptop saya sakit. Seperti diri kita yang sakit atau kesayangan kita yang sakit. Ia membuatkan hari kita mendung dari sinar. Sungguh saya terganggu. dan minggu depan pula ada satu test berlambak assingment dan juga. Serabut-serabut.
K lah jangan pula semua serabut kerana saya. Maaf salah dan silap. Wassalam

No comments: