8/07/2008

Motivasi Puasa

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..


Sukar saya menafsirkan emosi saya sekarang ini. Emosi yang tidak stabil sejak seminggu ini entah kenapa saya sendiri tidak pasti.Mudah sangat mengalirkan air mata kerana sedih tidak tentu pasal. Hehe. Mungkin kesukaran yang timbul (alhamdulillah) atau apa tidak pasti. Keliru kalut, tak sabar(kakak kata) yang lagi menaikkan kekalutan emosi saya.

Sungguh saya menyedari tentang penting kebersamaan bersama-sama sahabat sejiwa, sefikrah, seotak, sefikiran dengan kita. Penting kita bawa mereka bersama-sama dengan kita. Mungkin saya terlupa tentang itu. Tapi kesabaran perlu untuk saya melalui kesukaran ini. InsyaALLAH dan mungkin kepedihan ini akan mengingatkan saya dimasa depan, bahawa saya bukan seorang, tapi saya mungkin dua, saya mungkin tiga orang. Kebersamaan dalam melalui hidup ini.

InsyaALLAh dan mungkin saya kena redha saya melakukan kesilapan ini dan saya perlu terima, mungkin akan sedikit sebanyak mengurangkan ribut2 dihati saya yang lara ini. InsyaALLAH.

Puasa itu suatu proses mengajar erti kesabaran dan orang puasa ada rexekinya sendiri

Oklah disebalik cerita kesedihan ini, saya ingin berkongsi sedikit pengalaman hari ini bersama-sama sahabat-sahabat semua. Semalam saya telah niat untuk berpuasa sunat, sunat yang menampung wajib yang kekurangan. Maka nasi goreng pataya telah pun menjadi sahur saya pagi ini. Tapi entah kenapa, hari ini sungguh letih sekali badan saya. Selepas bersiap memakai baju saya baring sebentar untuk berehat. Alhamdulillah, selepas itu kurang sedikit penat itu. Terus kekuliah, kerana saya ada kerja sekolah yang tak siap lagi. Ke Kelas, dan kemudian ke makmal untuk kelas seterusnya. Didalam makmal saya menahan kelaparan yang amat sangat. Amat kritikal lapar itu. Rasa mahu sahaja buka puasa. Saya khabarkan kepada kakak saya, tapi kakak kata, memang kita akan lapar pada waktu tu (masa tu jam 11.30 keatas) lepas dari jam itu, kita akan ok semula. Puas saya menahan lapar yang amat itu. Saya cuba untuk buat eksperimen, betul ke lapar ini akan hilang. Maka selepas berhempas pulas dengan perut yang memulas tiba-tiba kesakitan akibat lapar itu hilang. Alhamdulillah. Sungguh saya bersyukur kepada ALLAH atas kesempatan ini. Terima kasih ya sahabatku kerana menasihatiku.

Ini pula kisah kedua
Pensyarah saya masuk kekelas dengan kertas kedatangan yang baru dan kosong. Dia pun menceritakan tentang kejadian yang menimpanya selepas kelas hari jumaat yang lepas. Keretanya dilanggar dari belakang. Kemudian datang dua orang India, keluarkan parang panjang minta kunci dari dia. Kereta toyota yang baru dibelinya hilang lesap begitu sahaja. Oleh kerana kereta itu jenis baru, maka dia ada alat pengesan dan boleh kawal untuk kunci kereta. Dia hubungi pihak yang sepatutnya dan alhamdulillah keretanya berjaya ditemui. Tapi beg nya hilang lesap bersama stiker staff. Sungguh dasyat dunia hari ini. .Pengajaran, kalau kita dilanggar dari belakang, terus ke balai polis ya. Moga ada manafaat. Wassalam


No comments: