10/13/2008

Apa yang membuatkan diri bersemangat?

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Destinasi:
Perpustakaan

Laman Web Menarik Hari Ini:
Download lagu cahaya hati

Pengajaran hari ini:
Jagalah hati..

  1. Dulu-dulu ketika tidak bermaya, pasti saya akan mencari kembali mp3 cahaya iman oleh ustaz Harun Din. Mendengar ceramahnya pasti membangkit semangat. Jika tidak mampu mendengar semasa sedang hidup, saya pasti akan membiarkan laptop saya memasangnya waktu saya sedang mati sementara. Rasanya keesokan harinya seperti kembali bertenaga kerana mungkin roh kita kenyang dengan makanan rohaninya. Kisah yang dipaparkan tentang seorang remaja yang mahu mengubah diri, tapi tidak berkemampuan. Walau Rasulullah S.A.W lalu pun remaja itu tidak kisah. Rasulullah tanya pada sahabat, siapa budak tu, maka sahabat berkata dia adalah si pulan anak sipulan. Rasulullah S.A.W kemudian bertanya khabar remaja tersebut. Dan Rasulullah mendoakannya. Setahun kemudian, budak itu kembali. Bila ditanya apa amalan yang dilakukan kerana imannya nampak yakin pada dirinya. Katanya "Saya berpuasa disiang hari dan tahujud dimalam hari. Saya percaya sangat pada cerita ini. Teringat tentang seorang pensyarah yang agak terkenal sekarang ni diradio dan tv. Dahulu pensyarah tersebut agak besar badannya. Setahun pensyarah tu berpuasa. Saya nampak bukan sahaja kurus, tapi pensyarah tu menjadi orang hebat. Lama saya berkesimpulan mungkin kerana puasanya yang setahun tu seperti yang dibawa kisahnya oleh Dr. Harun Din dalam ceramah cahaya imannya itu. Wallahualam, tapi saya cukup bersemangat pada perkara tersebut. Bermimpi mungkin saya dapat buat seperti itu. Niat kenalah betulkan balik kan.
  2. Kadang-kadang saya memujuk hati dengan lagu tombo hati...Lagu ini mengingatkan diri tentang perlu mengubat hati. Cara mengubat hati. Kita lemah kerana hati kita lemah dan ubatnya bolehkita pelajari dari lagu ni langsung kita amalkan, InsyaALLAH.

Hmm, lamanya saya memujuk diri. Dari sebelum asar hingga waktu isyak sekarang. Dah mengantuk dah ni sedangkan esok banyak kerja perlu dilakukan. Esok ada banyak kerja. Dah ya, bersemangatlah ya....

No comments: