10/15/2008

Bagaimana Mengurus Masa?

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Destinasi:

Laman Web Menarik Hari Ini:

Pengajaran hari ini:

"Puan, bagaimana Puan mengurus masa dan hidup Puan" tanya saya kepada seorang pensyarah. Pesyarah tu seorang yang ligat, setiap masanya tentu berisi. Hidup saya ketika itu kucar kacir, lambat datang ke kelas, tidak siap kerja dan sebagainya. Sungguh berterabur sekali

" Saya pagi-pagi sebelum buat apa saya akan duduk dulu dan senaraikan apa perkara yang perlu saya lakukan pada sepanjang hari itu" Kata Puan Rusilawati kepada saya lagi. Saya hanya duduk mendengar. Teringat perkara yang saya lakukan semasa saya di part1 Diploma dahulu. Saya akan ambil kertas, garikan tepi untuk jam dan dua kolum lagi untuk perkara dan remark. Benda ni saya belajar sewaktu berpersatuaan dahulu belajar membuat master plan.

Sekarang ini masa betul-betul genting bagi. Setiap masa jika tidak digunakan dengan sebaiknya akan memotong diri saya. Maka saya namakan minggu ini sebagai minggu kerah tenaga dan minggu depan minggu tuai hasil. Minggu ini masa dan bacaan serta kerja laporan perlu dilakukan dengan bijak. Jika tersalah rancang akan memakan diri saya kelak.

Projek , perbentangan dan test berturutan minggu depan. hari ini sudah masuk hari Rabu. tinggal beberapa hari sahaja dalam minggu ini untuk saya bekerja. Tetapi stamina badan yang tidak kuat membuatkan saya jadi lemah untuk terus meneruskan kerja saya sehingga awal pagi.

Apa yang tidak kena?
Pagi saya kekelas, kemudian habis kelas saya akan ke perpustakaan untuk meneruskan kerja. Tapi saya dapati saya hanya boleh membuat kerja pada pukul 9.00 malam walaupun saya berada di Perpustakaan sejak jam 5.00 petang.

Jadi hari ini saya mahu menukar strategi. Selepas kelas saya akan balik dulu untuk makan, berehat, mandi rendam pakaian dan kemudian bersiap sedia untuk bertungkus lumus. Saya berharap stamina saya dapat bertahan hingga awal pagi esok. Saya perlu berbuat begini kerana saya tidak berkudrat untuk bangun awal pagi seperti jam 2.30 pagi seperti yang saya harapkan. Doakan lah saya sahabat semua. Ni pun tak lalu nak makan. Sekadar minum Radix dan makan kuih raya pagi tadi. Tapi alhamdulillah, dengan izin ALLAH, Radix ni memberi kekenyangan kepada saya dan juga tenaga untuk saya perah turun dan naik kekelas...bersambung insyaALLAH





No comments: