10/09/2008

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Destinasi:
Rumah

Laman Web Menarik Hari Ini:

Pengajaran hari ini:
Sesal Dahulu Pendapatan, Sesal Kemudian Tiada Gunanya.

Saya pernah merasainya sewaktu saya di part 4. Langsung saya tidak faham apa itu database dan tiba-tiba saya disuruh buat satu aplikasi berdasarkan Database. Bengong saya rasakan. Pertama bengong kerana tidak faham apa itu database dan kedua bengong kerana tak tahu langsung apa yang perlu saya lakukan.

Alhamdulillah walaupun dalam keadaan yang buntu, ALLAH bantu dengan pertolongan seorang kakak, kawan kepada seorang sahabat, maka saya akhirnya siap projek tersebut. Tapi saya tak faham satu habuk pun. Dan saya tidak dapat menjawab seolah test2 kerana saya tidak faham dan saya tidak sempat membaca kerana sibuk dengan benda alah projek tu. Teman saya untuk projek tersebut terdampar diatas katil demam tidak terbangun, meminta maaf kerana biarkan saya seorang diri. Mujur, tapi tidak tahu hendak buat bagaimana.

Mahu tidak mahu saya kena habiskan kerana perbentangan akan dilakukan.

Lecturer pula garang, tapi alhamdulillah sebenarnya lembut hati dan baik hati bila berjumpa seorang diri dibilik. nak tak nak hidup mesti diteruskan....

Kini perasaan tu hadir kembali, saya tersilap menyusun langkah, namun yang dilepas biar lepas dan saya mesti siapakn juga projek yang diamanahkan ni. Badan tidak bermaya. Hendak ke Shah Alam pun, saya tidak mampu. Lemah badan dan lemah semangat. Berkurung dalam bilik, menekuni apa yang patut. Simple WAP site dah siap. cuma tidak interactive, tak boleh add, delete. Tak patut pula rasanya mahu hantar projek begini. Tapi...hidup mesti diteruskan...Kerana selepas ini, banyak lagi perlu diselesaikan. Allah berkata "Selepas Kesusahan, ada kesenanga"...Tapi setakat mana saya bersusah????

3 hari sudah saya korbankan hari kuliah saya. Esok mungkin saya akan kesana dengan kereta untuk kekelas jam 8.30 pagi. Harap-harap saya dapat bereskan dengan segera, kerana saya ada peperiksaan kedua untuk subjek XML hari Sabtu pagi. ALLAH, moga dipermudahkan urusan saya. Ameeen....Doakan ya sahabat......


No comments: