10/26/2008

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Destinasi:

Laman Web Menarik Hari Ini:

Pengajaran hari ini:
Jangan berputus asa.

Hari Khamis yang lepas bersamaan 23hb 10 sepatutnya berlangsung presentation xml. Malam sebelumnya rakan kelas saya semua tidak tidur malam menyiapkan projek yang tidak siap. Kami emua berkampung di Engine menyiapkan sedaya kami.

Untuk projek ini, untuk tempoh 2 minggu sebelumnya saya telah membuat research. Hari selepas saya usai peperiksaaan XML hari 11hb 10 di DK2, juga selepas saya siap membuat projek Advanced. Habis periksa saya terus bertanya, projek ini perlu dibuat dengan apa, kena baca apa untuk menjayakannya? lalu rakan saya menjawab, cari maklumat tentang PHPDOM. Maka bermulalah kembara saya untuk projek tersebut disambil2 saya bersiap sedia untuk peperiksaan untuk minggu hadapannya.

Saya tidak berselera menjawab dan bersungguh membuat peperiksaan Advanced pada minggu tersebut. Yang saya fokus hanya menyiapkan projek untuk perbentangan hari Khamis nanti. hari sudah hari Selasa pada masa itu. Hari rabu ada dua test detik hati saya. Protokol yang teruk keputusan test 1 dan database yang tidak tahu keputusan lagi. Maka saya perlu beri perhatian untuk dua subjek tersebut.

Hari sudah menjelang Rabu, habis tamat peperiksaan database dan dapat ketahui keputusan test 1. Terus berpakat dengan rakan-rakan untuk berjaga membahagi tugas untuk dilakukan malam itu. Kata kawan saya, kita semua berjaga malam ini. Tanya saya boleh ke kita siapkan ni. Dia menjawab, boleh, dengan syarat ikut cakap aku, katanya... Hakikatnya malam itu tidak jadi seperti yang diharapkan, kawan yang memberi harapan tadi terpaksa balik kerana kelas sudah habis untuk kami stay up. Kami yang tidak balik, sambung kerja diperpustakaan sehingga jam 11.00 malam. Malam itu saya rasa sangatlah sedih. Mata saya pedih, hati saya gundah gelana bercampur-campur. Hanya air mata yang meneman diri. Air mata yang turun sendiri. Setelah ambil masa, saya kembali kepada kawan-kawan ditingkat atas. Berbincang dan minta kod kawan yang dia jumpa diinterent. Setelah itu diubahsuai. Satu malam kami mengubah suai koding tersebut berdasarkan projek yang kami lakukan.

Saya terlelap untuk seketika. Report Database yang diamanahkan kepada saya pada masa tersebut tidak terdaya untuk saya lakukan. Projek xml itu diteruskan oleh rakan saya kerana mata saya sudah pedih menahan cahaya komputer. Saya ambil sweater tutup muka dan tidur sambil tutup muka.

Rakan saya mahu teruskan lagi projek tersebut untuk pagi tersebut. Saya kata kita balik dululah, mandi-mandi dan bersiap, jam 8.00 kita jumpa semula. Saya sudah tidak selesa. Mahu cepat-cepat balik membersihakan diri. Balik, saya basuh baju yang direndam petang sebelumnya, basuh, gosok baju dan terus semula ke fakulti untuk menyiapkan baki kerja. Saya tidak yakin dengan projek ini. Saya buka melalui index, ada error. Ohh, tak save ke semalam. Saya tidak boleh berbuat apa. terus ke tempat presentation dan minta tolong kawan tengokkan. Saya tanya tak save ke? dia kata dah sava. Lecturer datang dan tanya, sapa nak present dahulu. Tiada siapa menyahut mahu. Lalu dia pergi ke setiap kumpulan dan akhirnya ke kumpulan saya.

"Haa kumpulan awak macam mana? Sampai tiga orang kumpulan awak. "

"Apa projek yang kumpulan awak lakukan? Boleh present sekarang?"

Hmmm..Kawan saya mengatakan ada masalah. Seperti yang diterangkan tadi oleh saya kepada kawan saya. Hmm.

" Cuba awak terangkan apa yang kumpulan awak buat," katanya..

Ahli kumpulan kami diam seketika. Saya diam pening, blur untuk mengatur ayat. Maklumlah tidak tidur malam semalam. Terkejut pun ada kerana lecturer tu tak pernah pula bekeng seperti itu..

"Tak kan tiga orang dalam kumpulan kamu seorang pun tak boleh terang" katanya lagi..

Saya mula mengatur ayat.

"Projek kami ni adalah menggunakan PHP, user akan masukkan maklumat dalam form dan maklumat akan masukd dalam database. Kemudian dari database tu kita akan generate xml"

"Kenapa tak jadikan xml sahaja sebagai database? kenapa perlu guna mysql? Kenapa awak tak guna XSL, XSLT, XPATH yang saya ajar sebelum ini? Kenapa awak tak guna apa yang saya ajar dan tunjuk sebelum ini?

Saya hanya diam menunduk diri. Termuhasabah...terfikir, teringat. Ya sebenarnya memang saya nak buat projek xml sebagai database. Tapi saya tidak tahu. Mahu mengguna ASP saya tidak pernah belajar. Setelah guna membuat keputusan PHP DOM tidak banyak pula contoh dan maklumat yang boleh saya guna pakai. Saya akur. Kenapa saya tidak ikut cakap pensyarah dan berjumpa dengan dia sekiranya ada masalah. Itu sebenarnya dia nak bagitahu saya mungkin.

Setelah bekeng pensyarah itu berkurangan, dia bagi nasihat, dia kata dia akan bagi peluang sehingga 12 Disember untuk kami Selepas tengahari 13 dia tidak akan terima lagi. Dia memberi nasihat, katanya projek yang kami buat, belajar ni akan kami gunakan untuk masyarakat nanti.
Saya teringat, saya ada tanggungjawab selepas ini. Saya mahu buat sesuatu dengan ilmu saya, seperi pensyarah tu ingatkan. Saya tersedar....Masa dia memberi nasihat, saya hanya menyorok dibelakang monitor. Malu dengan diri saya. Saya ada tanggungjawab dan saya baru teringat. Pensyarah tersebut mula merendah suara memujuk kami yang mungkin tertekan. Tapi saya tidak mampu bertentang mata. Insaf...Saya berterima kasih pada penyarah tersebut kerana hatinya yang ikhlas memarahi dan menasihati hingga saya tersedar.

Hari ini sudah 26 Oktober, tinggal beberapa hari lagi. Moga ALLAH beri tunjuk dan hidayah kepada saya untuk projek ini. Doakan saya....

Saya berharap dapat menggunakan ilmu yang diajar didalam kelas untuk buat seperti ini.


XML yang digunakan oleh template blogspot ini. Mampukah? InsyaALLAH. Kita kena bercita-cita tinggi.











No comments: