10/17/2008

Hikmah di hari Jumaat

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Destinasi:
Perpustakaan

Laman Web Menarik Hari Ini:
Mengurus Diri
Perkahwinan: Rahsia Ilahi
Download Kamus Arab dan sebagainya
Video Ceramah Al-Quran dan Sains

Pengajaran hari ini:
Jangan berputus asa.
Sikit-sikit lama-lama jadi bukit

Dua hari yang lepas, saya tidur agak lewat, kira-kira jam 4.30 pagi. Kemudian tidur sebentar untuk membuang pening dan terus ke kelas XML pada jam 8.30 pagi. Selepas itu kekelas web tech dan bel, kemudian cari maklumat untuk kerja webtech dan selepas itu ke kolikium bertajuk pakaian ke taman ilmu.

Selepas itu disebabkan mengantuk dan tidak seimbang sangat, saya tidak berkeputusan untuk balik terus memandangkan waktu itu adalah waktu asar, mimbang tidur waktu asar, saya terus alihkan pergerakan balik saya ke library. Saya tertidur dilibrary jam 7.30 lepas maghrib dan seterusnya bagun dan wat kerja campur chatting2 sikit sehingga jam 10.30. Kemudian balik beli burger dan saya berkeputusan untuk tidur memandangkan tangan saya sudah mengigil dan saya tidak dapat berfikir dengan baik. Sebelum tidur saya berdoa untuk bangun jam 3 dan membaca La Hau La Wa La Quwwatailla Billah Hil Allil Azim seperti pesan kakak.

Jam 3 saya bangun, kerana kaki saya krem (kerap berlaku jika saya berdoa untuk bangun , rasa macam malaikat kejut aje) tapi saya bangun hanya untuk tengok jam (ketika tu jam 3.30 pagi) dan tidur semula. Saya pun tak tahu macam mana saya boleh tidur semula ( tak sedar leh wt keputusan macam gitu. Bangun-bangun sudah jam 6.50 pagi(saya uzurlah). bangun terus termanggu merancang hari. Kerana malam tadi saya target untuk baca 4 chapter untuk HCI kerana lecturer cakap untuk kelas tersebut ada tutorial. Saya bangun dan rasa agak keliru untuk seketika kerana plan yang dirancang tidak menjadi. Saya gosok baju(saya menyesal kenapalah saya tak gosok malam sebelum saya tidur) dan kemudian pergi basuh baju, bersihkan diri, sidai baju. Kemudian bersarapan dengan radix dan kuih raya. Pergi ke kedai untuk beli buku catatan untuk catit perkara yang perlu dibuat kemudian saya pergi kekelas, kelas pula tiada.

Saya menunggu dan membaca di internet. Saya tentang tazkirah di sini
tentang Perkahwinan: Rahsia Ilahi. Terharu dan saya termuhasabah seketika. Kemudian saya membuka Laman Web Prof Kamil dan membaca tentang Mengurus Diri oleh Puan Roza isteri Prof. Saya mendapat pengajaran tentang berdoa dan pengharapan kepada ALLAH yang kurang pada diri saya. Selepas saya membaca, sambil berjalan ke Perpustakaan, saya berdoa, Ya ALLAH permudahkan urusan kami. Diperjalanan ke Perpustakaan, saya terjumpa seorang pakcik, sedang mengangkut pasir. Di tarik tali perlahan-lahan ke atas bersama bakul pasir. Di bawah ada seorang pakcik lagi, perlahan-lahan mengisi pasir kemudian diletakaan pada baldi pasir untuk ditarik oleh pakcik ditingkat atas tadi. Saya merenung pakcik itu. Tua, tapi sabar dengan kerjanya menarik baldi pasir itu. Perlahan-lahan dan sabar. Kemudian saya lihat pula dibawah. Ada dua timbun pasir dan pakcik tua. Hmm dengan sabar, ikhlas dan dah tua, mereka perlahan-lahan, sabar mengangkut pasir. Sedikit-sedikit pasir diangkut untuk diguna membaiki tandas di Bangunan CS2.

Inilah hikmah yang ALLAH beri kepada saya. Mungkin sebab tadi saya berdoa dan ALLAH tunjukkan jawapan kepada saya. Perlahan-lahan, buat sedikit demi sedikit, pasti akan habis ,walaupun kerja kita banyak menimbun.... Kemudian saya teruskan perjalanan, berdoa moga pakcik-pakcik itu beroleh kebaikan, senang dunia dan akhirat dan saya teruskan perjalanan ke Perpustakaan.

Sampai diperpustakaan, saya tidak tahu hendak buat apa. Kepala saya sarat dengan kerja-kerja dan saya juga diganggu sedikit dengan kerja lain. Saya tidak tahu hendak buat macam mana. Sekali lagi ALLAH bantu. Saya gunakan perisian MindMap dan lakarkan apa yang terbuku dikepala saya. Dan inilah jawapannya.


Kelik Gambar untuk bersarkan

Kepala saya serabut dengan perkara ini rupanya. Alhamdulillah, saya telah selesai satu perkara dan gembira untuk menjalankan kerja saya dengan perlahan-lahan, sabar dan percaya kerja kita akan habis juga seperti kejadian pakcik dan bakul pasir tadi.

Sahabat-sahabat, doakan saya...





1 comment:

uwais said...

Sabar dan Ikhlas
itulah Islam

selamat sabar menempuh susah payah
ubatnya Ikhlas menuntut ilmu kerana Allah.

makan nasi tek. takkan burger jo hehe

siru 'ala barakatillah!