10/15/2008

Menjadi Orang Yang Menang

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Destinasi:

Laman Web Menarik Hari Ini:

Pengajaran hari ini:

Orang yang sedang marah, apabila ditahan marahnya sehingga marahnya reda itu adalah orang yang menang.

Orang yang sabar dan selepas bersabar kesenangan mendatanginya juga adalah orang yang menang..

Saya mahu jadi orang yang menang

Semalam saya kalah. Kalah dengan rasa hati saya. Selalu dipesan oleh kakak "Jangan bersangka buruk pada orang. Tah-tah orang tu tidak rasa pun apa yang kita sangkakakan itu"

Sifat begitu sifat orang menang sebenarnya..
Orang sedang marah padanya
Tapi dia melayan orang tu seperti orang itu tidak marah pada nya

Orang itu tidak suka padanya
Tapi dia mendantangi orang itu dengan rasa suka pada orang itu.
Maka dia menang

Orang itu sedang merajuk dengan dia
Tapi dia selamba mendatangi orang itu seolah-olah tidak ada yang berlaku

Kemenangan yang menjadi idaman

Selamat bersangka baik wahai diri...Bersangka baik membawa kejayaan. InsyaALLAH...

No comments: