10/14/2008

Saya mahu yang terbaik, tapi adakah saya yang terbaik

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Destinasi:

Laman Web Menarik Hari Ini:
Berkelana mencari erti... mengutip makna-makna kepada diri..
Wrox Blog

Pengajaran hari ini:
Mukmin tidak jatuh dua kali ditempat yang sama

Cerita satu
Bila saya dapat kertas test 1 untuk arab, saya hanya tertunduk. tertunduk dengan ilmu. Ilmu mengajar kita untuk tundukkan diri, ilmu mengajar kita agar jangan perasan best..Hmm. saya target A untuk subjek ini. Tapi saya dapat B untuk test ni. Dapat Ke A ya?

Cerita Dua
Tadi, sewaktu hadir untuk perbincangan kumpulan untuk persembahan kelas bahasa arab, saya terserempak dengan seorang kawan lama. Kawan sekolah rendah biasa dan kawan sekolah rendah agama dulu.

Dua kali terserempak dengannya, tak sangka ada juga orang seperti saya. Umur 25 tapi masih belajar lagi di ijazah muda. Hmm...Walau apa pun syukur kepada ALLAH. Saya cuma berasa berteman. Ternampak cincin dijari. Lantas bertanya cincin tunangke? Dia mengiayakan. Kawan-kawan kita ada yang dah kawin. Rosniza dah 6 minggu mengandung....(dah tua rupanya saya)

Sempat bersembang. Dari kalangan kami ada yang sudah berjaya. Pertama menjadi doktor, kedua prograammer disyarikat minyak terkemuka, ketiga pensyarah muda di Lim Kok Wing, keempat engineer di JKR...tinggal saya yang masih tidak berjaya lagi. Apa pun alhamdulillah. Berita kejayaan mereka telah saya dengar dari saudara sepupu sebaya saya sewaktu datang kerumah saya hari tu. Diceritanya perkembangan mereka kepada saya. Saya hanya mampu menarik nafas dan berulang dalam hati berkata, sabar-sabar.....setahun lagi. Saya rasa diri saya useless....

Perjalanan hidup kita, kita yang tentukan (yang boleh kita tentukan lah dengan rancangan) Mungkin lambat kerana dosa yang kita lakukan? Entahlah tapi saya rasa betul juga. Semakin dosa menambah, semakin lambat perjalanan hidup kita kerarah yang terbaik. Muhasabah untuk diri sendiri. Saya tidak kata itu asbabnya, tapi saya rasa mungkin itu salah saya. Salah saya yang sering melakukan kesalahan. 4 tahun terlalu lama untuk belajar hidup matang...

"Engkau bila lagi???" Tanya kawan saya sebagai balas pertanyaan saya kepadanya tentang cincin ditangannya...

"Aku? Entahlah" Sungguh saya rasa kosong. Dan perasaan untuk berkahwin tu zero! Tapi kadang-kadang rasa juga nak kahwin, tapi untuk pikul tanggungjawab, rasanya saya 'rasa' terlalu 'muda' maksud saya walaupun umur saya 25 tapi saya tak kuat untuk pikul tanggungjawab lagi. Tidak matang. Phuh....Tidaklah saya jawab begitu kepada kawan saya tu.

Dulu sewaktu umur 11 tahun sepatutnya dah besar, boleh fikir molek, tapi badan saya saja besar, otak saya tidak matang lagi. Phuh....Ustazah disekolah rendah mungkin berharap pada saya untuk kematangan saya, tapi saya tidak matang walaupun fizikal saya dah matang..

Cerita tiga

Tadi ke blog sahabat, terjumpa link suami seorang sahabat yang baru berkahwin baru-baru ini. Membaca kehidupan dia sama seperti kehidupan zaujahnya. Juga seorang pengorban. Pernah zaujahnya korbankan motornya untuk beberapa waktu lalu ditukarkan kepada motor seorang sahabat lain yang sedang megandung itu. Katanya motornya lebih sesuai dinaiki oleh sahabat yang mengandung kerana automatik. Pemerhatian saya juga dia seorang yang kuat kerja dalam jemaah. Dan suaminya dia pun begitu. Sama

(Saya dapat bayangkan zauj kakak cam mana) Hehe.

Saya langsunglah. Nak yang terbaik. The best semua sekali, tapi saya best ke? best ke wat kerja jemaah? Best ke untuk jadi pelajar terbaik. Best ke study? Best ke wat ke wat projek??? Teruknya apa yang saya akan dapat kerana saya ni teruk....

Kakak kata kena bersedia...

Oklah nak study, Banyak pula luahan hati mu...








No comments: