10/13/2008

Tiada yang mustahil dengan izin ALLAH...

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Destinasi:

Laman Web Menarik Hari Ini:
Lekir-Sangat menarik
Encik Ridwan Bakar
Shamsuddin Kadir

Pengajaran hari ini:

Tadi, sewaktu kembara menaiki ktm ke shah alam, saya sempat memuhasabah diri. Berasa diri sungguh tidak berguna bebanding suatu ketika dahulu. Dahulu hidup penuh keseronokan dan setiap hari adalah satu cabaran.

Saya sedar kini, hidup saya kosong, tidak berlagu, tidak berirama, saya tiada keseronokan mengharungi dunia sementara ini. Tiada catatan mencabar, tiada dan tiada. Dan tiba-tiba saya tidak seronok untuk kekelas..Kenapa?

Seronok dahulu, hidup dikongsikan bersama sahabat-sahabat serata dunia. Setiap yang ditulis telah dikotakan dan jika belum dilakukan pasti akan cuba dikotakan apa yang dikata.

Seronok dan setiap itu adalah cabaran...

Ohh betapa kelamnya hidup saya. Kurang bermotivasi atau bagaimana. Saya mahu seronok. Seronok belajar. Seronok. ya ALLAH bantulah hamba Mu ini....

Cerita dua...
Ingin saya kongsikan, betullah ALLAH beritakan dalam kalamNya bahawa setiap kesusahan itu selepasnya ada kesenangan. Ingat masa lepas apa yang saya ceritakan tentang ketidak pastian untuk menjayakan projek yang saya tidak pasti hujungnya itu....

Setelah 2 hari cuti, 3 hari kuliah saya menghadap laptop, akhirnya ALLAH hadiahkan saya suatu kejayaan. Bagaimana caranya ingin saya coretkan untuk tatapan diri dikemudian hari. Pertama sekali solat istiqarah, moga ALLAH tunjukkan jalan yang betul, kuatkan hati. Solat hajat mohon ALLAH bantu. Solat hajat membantu saya untuk fokus dan tenang walaupun sebenarnya keaadaan sangat gawat ketika itu. Saya tidak pernah tidak hadir kuliah berturut seperti yang saya lakukan hari itu. Tetapi saya terpaksa. jika saya tidak lakukan pengorbanan ini, maka saya rasa saya akan terkorban. Alhamdulillah mak memahami dan tidak banyak tanya tentang tindakan saya ini, dan saya senang lenang saja melepak dirumah menyiapkan kerja terbengkalai...

Dan akhirnya ALLAH tunjukkan jalan. ALLAH bagi hidayah melalui pertolongan sahabat. ALLAH bantu segala..syukur....Dan akhirnya saya berjaya juga siapkan projek yang pada mulanya mustahil untuk saya lakukan dengan bantuan ALLAH..Kemanisan meminta pertolongan ALLAH. ALLAH lah punya segala ilmu, kekuatan. ALLAH pemilik segala, mintalah wahai diri, jangan sombong......

Tiada yang mustahil dengan izin ALLAH...ingat cerita Maryam si gadis suci anak kelahiran dari Nabi Zakaria yang pada mulanya baginda rasa mustahil untuk mendapat anak. Tapi ALLAH kan ada. ALLAH boleh buat apa yang mustahil bukan...Ambillah motivasi ini wahai diri. ALLAH ada....ALLAH akan bantu. DAn tidak ada sebarang kemustahilan dengan izin ALLAH...InsyaALLAH.....





No comments: