11/29/2008

Allah lah segalanya.

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Destinasi:
Rumah

Laman Web Menarik Hari Ini:
Cikgu Malaysia
Prof Abdullah
Building Conservation
Sejarah Islam
Cari PDF Sejarah Islam
Kebun Islam-Koleksi Sejarah Islam


Pengajaran hari ini:
Ingatlah ALLAH. SyukuriNya selalu. Selalu benar kita berterima kasih kepada orang, tapi tidak nampak kasih ALLAH pada kita yang selalu dikasihNya.


Kita nampak dan rasa kebaikannya, lalu kita kata "baiknya orang itu,"

tapi kita tidak sedar "baik sungguh Tuhanku kerana kurniakan aku orang sebaik dia"

Kata kakak "manusia hanya wasilah, alat yang diberi ALLAH kepada kita"

Hmm, betapa sudah lama ku tidak sedar. Selain kita yang didunia ini, ALLAH memerhatikan kita dengan penuh kasih sayangnya. Mengaku ALLAH itu Tuhanku, tapi aku buta.

Butalah aku sebagai manusianya. Kenapa aku tidak nampak?

Ku mencari-mencari, tapi carilah dengan ilmu. Boleh ku kira setahun berapa kali sahaja ku kunjungi majlis ilmu.

Ya ALLAH, bukakan hatiku, hati keluargaku, hati sahabat-sahabatku. Berikan ku kejayaan, berikan mereka kejayaanm dunia dan akhirat

Allah lah segala-galanya, tapi ku buta.

Wallahualam.

No comments: