11/03/2008

Bercita-cita tinggi

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Destinasi:

Laman Web Menarik Hari Ini:

Pengajaran hari ini:

Bercita-cita tinggi

Setiap orang mesti bercita-cita tinggi
Cita-citanya akan membawa gerak langkahnya
Jika tinggi cita-citanya, maka usahanya juga makin tinggi, cara pemikirannya juga jadi tinggi
Sentiasalah bercita-cita tinggi
Bercita-cita untuk kesyurga, maka akan membawa kita perjalanan ke arah syurga
Bercita-cita untuk menjadi orang professional, akan membawa kita kearah perjalanan yang harus kita tempuhi untuk jadi seperti itu

Bercita-cita tinggi adalah satu kemestian. Jika tidak mencapai cita-cita tinggi itu, mungkin kita hanya tergelicir setingkat bawahnya

Bercita-cita untuk menjadi pelajar cemerlang, adalah tidak sama rasanya untuk menjadi pelajar yang citanya harap lulus sahaja

Untuk menjadi pelajar cemerlang, setiap sesuatu diambil kira dan diambil berat. Kerja Assignment, Latihan, Test semua dipandang berat.
Lain rasanya jika kita diperingkat yang tidak ada cita-cita seperti itu. Rasa happy, ikut suka aku itu lebih dari segalanya..

Bisiklah pada diri, dengarilah apa yang dibisikkan itu, maka insyaALLAH, apa yang disebut, didoa akan memandu langkah kita, sama ada kita sedar atau pun tidak. Bisikkan aku mahu jadi cemerlang, lafazkan, dengarilah

Kesimpulannya, jadilah orang yang bercita-cita tinggi
Cita-citaku kejayaan ditangan, syurga idaman, redha ALLAH berteman...
Wallahualam

No comments: