11/16/2008

Dunia bukan Segala. Akhirat Lebih Utama.

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Destinasi:
Baiti Jannati

Laman Web Menarik Hari Ini:
Tentang istigfar

Pengajaran hari ini:
  1. Ibn Taimiyah menyebut, "Jika aku didalam kebuntuan untuk menyelesaikan masalah, maka aku akan beristighfar kepada Allah sebanyak 1,000 kali, nescaya Allah akan membukakan jalan".
  2. Penting menulis sesuatu yang penting untun kita ingat akan kepentingannya.


Tentang belajar
Alhamdulillah, esok 17 Disember 2008, saya bakal menduduki peperiksaan akhir saya yang terakhir. Semuanya akan berakhir esok dengan izin ALLAH. Moga-moga yang terbaik kerana saya tidak dapat duduk molek lagi untuk membaca. Phuh, tidak sedar, saya diakhir bulan 12 di tahun 2008? Aduh...

Marilah lihat jadual saya sejak kebelakangan ini. Saya mahu menulis untuk pengajaran diri.

23 hb - Presentation XML
Terpaksa dibatalkan kerana kami tidak bersedia. Seluruh kelas tidak mampu membuatnya.

30 - Presentation HCI

31 hb - Peperiksaan Web Tech

1hb - Presentation Database

2hb-

3 hb- Peperiksaan Network Protocol

4hb-Peperikasaan Advanced Netcentrics

5hb- Saya terpaksa melepaskan projek bernilai 10 markah individu, kerana tidak sempat walhal saya sudah awalkan persediaanya dengan mencari maklumat. Tapi saya gagal. Mungkin saya diputus asakan oleh rasa lemah saya dan kawan-kawan yang langsung tidak memberi harapan. Tidak kuat saya melawan rasa lemah fizikan dan perasaan saya. Rendah sungguh jiwa saya!
Saya tidak berkeyakinan langsung! Redhalah apa yang berlaku. Solat hajat pada Tuhan Yang Maha Memberi.

6 hb- Peperiksaan XML

9hb - Peperiksaan Bahasa Arab

10 hb- Peperiksaan Database

14 hb - Presentation XML

15 hb - Presentation Advanced Netcentrics

17 hb- Peperiksaan Human Computer Interface


Alhamdulillah, semuanya telah berakhir. Untuk melalui harinya 14hb sungguh lah ngeri dan menakutkan bagi saya. Cukup tertekan dengan masa yang terbatas. Berselang seli masa kami. Setiap kali lepas test, pasti ada assignmnt atau projek. Hingga tak sedar masa berlalu meninggalkan saya. Kenangan pahit manis semuanya ada. Semuanya bercampur-campur membentuk pengajaran kepada diri seorang pelajar.

15 hb menjadi sejarah. Pensyarah agak marah kepada kami. Kerana apa yang dia harapkan daripada kami tidak mencapai yang sepatutnya. Saya tidak mengetuai untuk projek tersebut kerana dua projek telah saya uruskan, dan kawan saya berjanji untuk uruskan projek yang terakhir. Jadi saya tidak berapa tertekan. Dua projek telah saya siapkan awal dahulu yang mana salah satu projeknya telah saya paksa relakan memonteng kelas untuk menyiapkannya.
Saya sangkakan dua projek dibawah saya tidak ada masalah. Rupanya ALLAH ingin bagi ilmu menerusi pensyarah tersebut.

Sepatutnya bermula present jam 9.00 pagi. Di tangguhkan ke jam 11.00 pagi. Sempat saya menolong kawan membuat report untuk tugasan ketiga, kerana rasanya mereka letih malam tersebut.

Saya tidak sangka apa yang diminta oleh pensyarah tersebut. Rupanya saya tersalah sangka dan saya tidak faham. Rupanya application Network Management System perlu dipasang bersama-sama struktur client dan server. Saya tidak faham. Dan saya lupa untuk bertanya kepada senior tentang keadaan presentation tersebut. Tentulah pensyarah tu marah. Sudah diberi tangguh, jawapanya tetap sama seperti sebelum tangguh! Apapun saya belajar banyak perkara hari itu. Pertama tentang bertanya. Kedua tentang Dunia itu tidak penting berbanding akhirat. Marah pensyarah tersebut bertambah-tambah. Sudahlah apa yang diharapkan tidak kesampaian, "main-main" katanya dan hari tersebut pula hari Jumaat. Kami masih berada di Lab tersebut sewaktu azan Zohor. Marahlah pensyarah tersebut. "dah pergilah solat Jumaat" kata saya pada kawan saya. Kalau hendak ikutkan sedap rasa mahu sahaja disuruh tunggu. Tapi DUNIA BUKAN SEGALANYA. AKHIRATLAH YANG UTAMA. Saya membunyikan suara, "dah lah pergi solat Jumaat" dalam hati menyedapkan dunia bukan segalanya. ALLAH lah yang memberi segala! Dua tiga pelajar lelaki bengang! Dah lah kena marah! Macam-macam kami rasa.
Segalanya. Tapi solat Jumaat tetap Solat Jumaat dan DUNIA bukan segalanya!

Kami tersempit. Sungguh sempit. Segalanya sempit, masa kami, tekanan kami yang kami terima juga hebat juga.


Walau apa pun berlaku, saya gembira bersama dengannya, bersama dengan ilmu yang dibekalkannya. Bersama dengan kata-kata semangatnya, harapannya, kecewanya! Segalanya. Dan saya berbangga menjadi anak muridnya walau kesudahan episod kelas kami agak mengecewakannya!












No comments: