11/25/2008

Ilmu

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Laman Web Menarik Hari Ini:
Islamic Medical Site

Pengajaran hari ini:
Hidup jangan buat dosa.
Jika kesepian, sudikanlah dirimu bertemankan Al-Qur'an
Kakak kata " jika malas, maka jatuh wajib kita lakukan perkara tersebut"

Alhamdulillah. Hari ini, terjaga jam 4 lebih pagi. Waktu cuti. Jadi tidak perlu luang masa untuk membelek buku seperti yang sedia ku lakukan semasa waktu kuliah. Jadi bebas terbang mengutip ilmu dialam maya. Alhamdulillah.

Bagusnya bangun waktu pagi ini, pertama kerana oksigennya tepu, habis cairan resdung dari hidungku ini keluar. Kedua kerana dapat cuci perut. Hehe faham sahajalah bagaimana cuci perut. Dan ketiga jika bersiram, tentu sekali segarnya lain dari waktu lain.

Ilmu yang diperam.



Ingin ku bercerita tentang ilmu yang kuperolehi pada 19,20,22 dan 23 November yang lepas. Ku peram-peram hingga tidurku tidak lena. Heheh.


19 November 2008: Pameran Projek Tahun Akhir
Alhamdulillah berkesempatan ke U tempat ku belajar. Sebelum ku ke pameran, ku siapkan proses keluar kolej. Pulangkan kunci dan buat clearence. Kemudian ku ke tapak Pameran di DK 20-27.

Segan berteman, tapi ku gagahkan juga badan ku, minda ku ke sana. Mula-mula malu hendak pergi melawat dari satu tapak ke tapak pameran. Tapi kucuba juga. Duduk dan bertanya, "buat projek apa" . Alhamdulillah, ku nampak mereka bersemangat menceritakan susah payah mereka. Final Year Projek pasti sesuatu hasil dari kesusahan yang lama.

Dari satu tapak ke satu bilik aku melawat meraka. Pengalamanya sungguh berharga. Ada projek yang menambat hati. Pastinya tentang networking dan security. Ada yang buat projek tapis website(firewall) Ada yang buat projek Home Autonomation System gabungan php dan litar ada yang buat projek Cari virus. Ada yang buat projek gabungkan AI dan phpmysql. Sungguh menarik hati segalanya. Walaupun payah pada mulanya untuk aku memulakan bicara.

Sempat juga ku duduk bertanyakan tentang pengalaman seorang dari mereka. ku tanya bagaimana hendak buat projek final year ini.

"Susahkah" tanya ku lagi.

Maka dia pun berkongsi.

"Kena belajar, kena bertanya di forum-forum. Biarlah kita malu. "

Dia kata lagi, "semua masalah ada penyelesaian. Tanya lah diinternet" katanya.

"Sabar. dan yang paling penting. Projek tahun ini mestiah sesuatu yang kita minat. Minat untuk belajar. Minat untuk mengkaji. Kalau tiada minat, susahlah kita untuk bertahan hingga akhir.Macam saya minat wireless dan cyber cafe, maka terhasillah seperti ini" katanya lagi.

"Supervisor juga perlu yang pandai mendorong" katanya.

"Seperti supervisor saya" Aku mengangguk dan ku akui kerja keras pensyarat tersebut. Kegigihanya.


Apa pun aku dapat beberapa pengajaran. Pertama tentang penguasaan phpmysql yang perlu ku kuasai masa cuti ini. Kedua tentang perlu kepada perancangan yang elok untuk projek akhir tahun ini. Kata pensyarahku "buat sedikit demi sedikit." Adapun perlu diambil kira tentang nilai projek tersebut. Adakah ada nilai untuk dikomersialkan? Ketiga tentang supervisor. Keempat tentang tajuk. Aku harus memiliki masalah (problem statement) Tiada pengalaman yang boleh aku memilih tajuk projek tahun akhir.

20 November 2008: Pameran Projek Tahun Akhir yang diboleh dikomersialkan
Hari ini, ada forum yang mengumpulkan projek-projek tahun akhir yang terbaik. Berlangsung di DK2. Kesemua yang terbaik projeknya akan membentang hari ini. Alhamdulillah, walaupun lewat sampai, kira-kira 10 lebih pagi, tapi aku masih dapat mengikutinya dari awal hingga akhir. Syukur alhamdulillah. Mengikuti forum ini menjadikan aku rasa semakin takut dan kerdil. Menjadikan projek tahun akhir satu hasil yang terbaik? Adus. Lagilah risau bertambah-tambah dalam hati ku. Tajuk pun tidak ada. Hati ku sudah berkira-kira. Mesti dimulakan awal. Mesti dirancangkan awal.

Sebelum perbentangan hasi projek ada perbentangan dari orang yang lama dalam industri ICT ni. Dia membentangkan tetang trend ICT sekarang iaitu:
  1. Software as Services- Kita hostkan software kita diinternet supaya syarikat-syarikat kecil dapat menggunkannya.]
  2. Virtualization
  3. GreenIT[tidak berapa faham]
  4. Enterprise Mobility[software dalam mobile phone]
  5. Social Networking[macam FaceBook, friendster]
  6. Web 2.0
  7. Web 3.0
Kutunggu juga hingga ke akhir projek hingga jam 1.45 petang. Perut berkeroncong, tapi aku pula bersemangat untuk melawat pameran hari ini. Walaupun mungkin tidak berkesempatan untuk melawat semuanya hari ini (suatu kerugian) tapi azamku hari itu, untuk mengumpul sebanyak boleh pamplet mereka. Hari ini juga baru ku faham, apa itu Neural Network dan AI serta algorithm yang digunakan. Hari ini juga aku paham tentang crypto..tak tahu hendak dieja bagaimana. Hari ini juga kukutip pengalaman mereka. Tentang template, tentang tutorial. Salah seorang yang terbaik kujumpa di tapak pamerannya. Ku tanya tentang bagaimana dia hasilkan projek tersebut hingga jadi yang terbaik.

katanya " Saya tidak tahu langsung tentang php ini. Saya bermula dengan zero. Tapi disebabkan php sumber terbuka, maka banyaklah sumber-sumber untuk contoh diinternet. Jadi saya belajar dari sana. Sebelum ini, saya ada buat projek dengan asp. Tapi nak buat yang lain dari yang lain, maka saya gunakan php'

Saya bertanya tentang jangka masa yang diambil untuk projek ini.

"Saya ni jenis last minutes. Saya mulakan awal semester. Sikit demi sedikit belajar dan buat, " jelasnya.

bersambung.

22 November 2008: Kursus KJ Method

Seperti biasalah. Pada mulanya agak keberatan untuk ke majlis ilmu. Terus saya patahkan rasa berat saya dengan pergi ke Kursus tersebut. Banyak sungguh yang difikirkan, tiada wang untuk isi minyaklah. Tiada wang untuk bayar pakir lah. Macam-macam. Minyak ada satu bar dan rupa-rupanya tempat parkir adalah percuma pada hari Sabtu dan Ahad.

Alhamdulillah sungguh berbaloi. Banyak ilmu yang kuperolehi dari Pn. Ainon yang tidak jemu-jemu memberi ilmu dan percuma pula tu. Syukur sangat-sangat berkesempatan pergi. Sudah saya niatkan untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat tentang KJ Method ini, sebab tulah saya tidak lena tidur kerana masih tidak tunaikan niat dihati lagi. Baiklah mari kita mulakan.

Latar Belakang KJ Method
KJ' adalah akronim bagi nama pencipta teknik ini: Kawakita Jiro. Sila klik link tersebut untuk sumber yang saya ambil dan untuk lihat wajah Kawakita Jiro. http://universitipts.com/index.php/pendaftaran_kursus_kj_method/

KJ method ini terilham semasa Perang Dunia Ke-2. Kawakita Jiro mengkaji mengapa Jepun kalah pada Barat. Dikaji-kaji maka rupanya adalah disebabkan oleh cara pemikiran mereka yang salah.

kata KJ, "jika kita mengikut barat, kita akan kalah. Ini adalah kerana mereka sudah tahu kita mengikut mereka."

Jadi perlu kepada cara pemikiran yang lebih kehadapan. Maka terilahlah KJ Method ini.

Ciri-ciri logik barat

Kata sifu PTS, "linear, asal dari perkataan line, garis, tidak putus-putus dan sentiasa bersambung."

Dari titik-titik yang bersambung. Maka terhasillah garis. Perhatikan perkataan bersambung. Tidak boleh ditambah. Jika dikurangkan titik akan jadi cacat. Tidak sempurnalah garis tersebut. Itulah linear yang saya faham. Seperti garis dibawah




Sifu menambah lagi, "Disekolah diajar cara pemikiran ini, linear logik yang mesti ada kaitan."

Luruslah semua pelajar.

Sifu berkata, "banyak kelemahan cara pemikiran linear. Yang pertama, "slow" lambat, kedua produktif lembab, ketiga karya mudah terbengkalai, dan terakhir mudah terbehenti tulisan kita.

Non-Linear (Fuzzy Logik)
Ini adalah teknologi KJ Method. I a adalah berkaitan kad dan "storyline".

Sifu berkata " Dulu menggunakan betul-betul kad. Kad keras itu. Sekarang kita guna teknologi file dan "storyline"

Sifu menambah lagi, "Ini kelebihan menggunakan cara berfikir non-linear. Pertama cara berfikir non-linear menjadikan kita seorang yang multitasking. Kedua ia adalah fitrah kita sebagai manusia. Allah telah jadikan kita bersifat non-linear."

Teknologi KJ Method
Dahulu, teknologi menggunakan kad dan storyline, sekarang kita menggunkan File dan Storyline.

Buat kad, tulis storyline. Ayat yang tidak perlu panjang-panjang. Jika mahu tambah kad, silakan. Jika mahu buang kad, juga silakan.

Cara terkini kata sifu, kita akan gunakan file. Buat satu file besar. Setiap kali kita dapat input baru, buat document baru dan masukkan isinya. Kemudian save. Contohnya, jika menjumpai fakta menarik tentang senyum.

Simpankan maklumat dan rujukan tersebut dalam file yang bernama senyum.doc. Jika kita jumpa lagi perkara tentang senyum, kita tambah sahaja dalam file tersebut. Begitulah selainnya, jika jumpa perkara, fakta, terus simpan. Mana tahu kita akan gunakan selepas ini, mungkin dalam penulisan blog atau mungkin lagi untuk buku. (Alhamdulillah, saya teringat semula tentang ilmu ini, setelah berkongsi disini)

Contoh:
Judul senyum
Nama file: senyum.doc


Dari satu ayat, ia akan menjadi perenggan, dari perenggan akan terciptalah satu kad. InsyaALLAH. Nanti kita akan ada beratus, beribu-ribu kad dalam folder besar kita yang boleh kita gunakan.

Bagaimana kita hendak jahitkan ia?
Ok dalam folder besar, buat 5 folder baru. Contoh folder tajuknya: buku1, buku2,buku3,buku4,buku5. Kita "copy" semula kad-kad yang kita ada tadi kedalam folder yang berkenaan untuk kita gunakan dalam penulisan kita. Namun begitu, Sifu mengingatkan tentang hak cipta.

"Jangan jadi pencuri. Pencuri hukumnya tetap potong tangan," katanya.

"Ini adalah perkara yang boleh kita ambil dan tidak dilindungi hak cipta"

  1. Idea - Semua orang boleh ambil idea. Contohnya teknik buat bahulu. Kita boleh ambil ideanya dan gabungkan apa yang kita ada.
  2. Judul buku
  3. Fakta
  4. Judul bab

"Dan ini adalah perkara yang dilindungi oleh hak cipta. Jika ambil hukum potong tangan "ucap sifu.

  1. Ayat-ayat lengkap
  2. Struktur -ayat, dan bab.

Selesai untuk Kursus KJ Method

23 November 2008: Kursus Bahasa Melayu Tinggi (BMT)

Untuk kursus ini, saya hadir agak lewat. Hadir sesi kedua. Itupun dipujuk-pujuk hati. Biasalah hendak buat kerja baik ni memanglah payah kan. Alhamdulillah. Mujur saya hadirkan diri. Banyak perkara baru saya belajar. Perkara yang saya tidak tahu, dan jika baca di UNIKA saya tidak faham.

Saya belajar bagaimana menulis dialog. Saya kongsi sedikit ya. Yang lainnya, sahabat-sahabat boleh lah search di UNIKA tentang Bahasa Melayu Tinggi.. Untuk menulis dialog, ada dua benda yang perlu diambil kira.

Nombor satu: Pekata -siapa yang berkata
Nombor dua: Kata-Apa yang dikata.

Didalam surah Yuso ada 99 dialog dari jumlah ayatnya 111 ayat. didalam surah yusof, pekata akan muncul dahulu sebelum apa yang dikata.

Surah Yusof
Pekata, "kata."
Dalam dialog biasa
"Kata," pekata.

Sifu membuat kajian, katanya, jika pekata yang berada di hadapan, membaca dialog tu akan jadi laju. Sungguh sesuai dijadikan filem.

Didalam kelas ini juga ku belajar tentang perbezaaan Bahasa Melayu Tinggi dan Bahasa Melayu Rendah.Sifu menasihatkan jangan digunakan langsung perkataan tersebut.

1) telah - bazirkan ayat, akan memendekkan cerita dan boleh sebabakan kita berifikir, ini cerita orang dahulu, tidak logik diguna pakai zaman sekarang.
2)kalau- boleh diganti dengan perkataan apabila.
3) awal perkataan pe dan berakhir dengan an contoh-pe—————-an
4) awal perkataan ke dan berakhir dengan an contoh ke—————-an:kekuasaaan.

Boleh digantikan dengan ber————————, me—————, dan di——————-
contoh: kemajuan Malaysia diganti dengan memajukan Malaysia.

"Gunakan ayat-ayat action dalam penulisan kita" Sifu menambah lagi.

Contoh: Kemajuan seseorang itu bergantung pada dirinya sendiri, lebih sesuai dengan ayat ini: Majunya seseorang itu bergantung pada dirinya sendiri.Ini adalah kerana ayat action akan menyenangkan kita membacanya dan sedap dibaca.

Pertakaan Bahasa Melayu Rendah(BMR) dan pertakaan Bahasa Melayu Tinggi (BMT)

Macam mana (BMR) Bagaimana (BMT)
Ingat (BMR) sangka, fikir(BMT)
Lagi(BMR) lebih (BMT)

Ayat-ayat Bahasa Melayu Rendah adalah biasanya ayat percakapan kita. Cara kita bercakap. Untuk suatu tulisan itu berada dalam keadaan jangka masa panjang, perlulah kita gunakan Bahasa Melayu Tinggi.
Sekian.











No comments: