11/09/2008

Melepaskan atau terlepas peluang?

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Destinasi:
Rumah

Laman Web Menarik Hari Ini:

Pengajaran hari ini:

Sedih! itulah perasaan saya sekarang. Hendak menyesal, segalanya telah berlangsung dengan jayanya insyaALLAH.

Hari Sabtu yang lepas, saya telah membuat keputusan untuk ke FOSS. Setelah menerima nasihat dari sahabat saya buat keputusan untuk pergi. Saya meminta nasihat sahabat kerana saya ragu-ragu sebenarnya kerana saya pada esok harinya dan lusa ada peperiksaan akhir untuk bahasa arab dan database.

"Sahabat kata, pergilah, tengok dulu, kalau menarik teruskan, kalau tidak balik semula" Yerlah peluang bukan selalu ada. Lagipun sesuatu yang memang patut saya ambil dan belajar di FOSS tu.

Saya pergi. Jam sudah 9 lebih pagi, saya naik bas, dan berhenti dimasjid jamek. Kemudian cari lrt ke (......). Sampainya disana, saya berkeputusan untuk pergi kesana. Tanya pakcik teksi, kenal ke tempat namanya APPIT. Dia kata ok, nanti saya tanya ya. Dia tanya teksi dibelakangnya..

Mencari-carilah kami..dan tak jumpa!!!!

Saya berkeputusan keluar semula dari tempat tu. Naik semula teksi. Dan berhenti di stesen lrt tersebut.

Kenapalah saya tak print alamat. Saya over confident, dan yakin orang kenal tempat tu. Dan saya syok sendiri kerana tidak lihat dan print peta dan alamat tersebut.

Dan saya perasan best tak ambil nombor telefon orang berkenaan.

Phuh...Kesilapan yang merugikan masa saya, wang saya yang semuanya sempit.

Kesimpulannya, jangan perasan

Malu bertanya sesat jalan...




3 comments:

KageSenshi said...

Salam,

Nak tanya sikit .. adakah stesyen (...) ialah stesyen Sri Petaling / Bukit Jalil ?? dan adakah cik sesat di dalam Technology Park itu sendiri?..

Mumtazah : : - Kita Jauh Tapi Dekat - : : said...

Saya salah berhenti stesen tasik selatan. Dan saya tak tahu kenapa saya boleh berhenti disitu.

Bila sesat di teksi, saya naik pula bas rapid. Mana tahu terjumpa bangunan tersebut. Tapi bila habis pusingan rapid tu, masih tidak jumpa. Dan saya kemudian balik semula ke kl dengan SJ Bus.

Salah saya tu kagenshi

uwais said...

Alhamdulillah.. 'ala kulli haal.
hmm..
canno peksa yg next n next day yo..
moga ok hendaknya.
maaf kan sahabat ya :)
niat dn usaha comey dh. mebi teknikal buleh beki.
Allahu a'lam