11/27/2008

Rasa Hati

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Destinasi:

Laman Web Menarik Hari Ini:

Pengajaran hari ini:
Pulangkan segalanya kepada ALLAH. Dia lah tentukan segalanya.

Disuatu ketika di tepi pantai, kami berjalan beriringan..

Kata dayah, "Kak Long pernah dengar kisah ni? Kisah wanita yang jatuh cinta pada seseorang, tapi tidak pernah diluahkan, tidak pernah ditunjukkan"

"Oh ya," Aku mendengar dia berbicara, sesambil aku melewati kenangan cinta cintun satu masa dahulu. Alah cinta monyet sahaja.

"Maka setiap kali dia rindukan orang itu, dia akan baca surah Yassin" cerita Dayah bersungguh-sungguh pada ku

"Begitulah wanita itu, cintanya dipulangkan kepada ALLAH, rasa hatinya diubati dengan bacaan Yassin, bacaan Al-Qur'an, jiwa yang lara dia ubatinya dengan AL-Qur'an."

"Kak Long mahu tahua apa jadi pada nya" Dayah bertanya pada ku

"Suatu hari dia terima lamaran. Nak tahu siapa lamarannya?" tanya dayah

"Siapa?" tanyaku dengan minat

"Orang lelaki yang wanita itu minat, cintai dalam diam"

SubhanaALLAH. Segalanya dipulangkan pada ALLAH. Cerita ini saya diingatkan. Selepas apa yang terjad pada saya. pada rasa hati saya.

Syukran Dayah. Alfatihah untuknya. Syukran kakak. Alhamdulillah...

1 comment:

uwais said...

rajin dengar jgk citer nih hehe

moga dikurniakan jodoh yg soleh :)