11/03/2008

Saya Mahu Jadi Orang Cemerlang, InsyaALLAH

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Destinasi:
Rumah

Laman Web Menarik Hari Ini:

Pengajaran hari ini:
Keep Moving Forward

Untuk menjadi seorang yang cemerlang, tingkah laku, perbuatan, sifat perlulah seperti orang yang telah cemeralang dan berjaya. Cuba lihat disekeliling kita. Jika diuniversiti, lihatlah pensyarah kita, bagaimana sifat mereka, bagaimana mereka bekerja. Cita-cita mereka, sifat kerja keras mereka, cara mereka berkomunikasi adakah sama sifat mereka dengan kita.

Jika tidak, marilah kita mencontohi mereka. Cuba lihat sifat mereka dan kita, jika sama, ya kita akan berada dalam line orang berjaya, tak semestinya berjaya lagi, dan jika tidak, haruslah kita sama-sama berusaha untuk memupuknya.

Berada dalam universiti, saya suka lihat gelagat pensyarah. Semalam hari ahad, walaupun cuti hujung minggu, mereka tetap di kampus, mungkin menyiapkan kerja-kerja. Sifat mereka bekerja keras.

Seorang mentor saya(pensyarah juga) awal-awal pagi ( jam 7.00 pagi) sudah ada dikampus. Juga sifat terpuji awal sentiasa.

Sifat mereka harus dicontohi, kerana mereka sudah berjaya dalam alam belajar..

Senior saya, katanya mesti jumpa lecturer, bina hubungan baik dengan lecturer, juga salah satu rahsia untuk berjaya.

Ya betul, saya telah berkesempatan bertemu dengan pensyarah, sehari sebelum peperiksaan berjalan. Alhamdulillah, kesannya sungguh hebat.

Sifat pensyarah lagi, mereka tidak ego, suka mendengar.

Alhamdulillah, bila saya buangkan ego saya dengan berjumpa dengan pensyarah, maka kesannya sungguhlah baik. Keep moving forward mumtazah...

Alhamdulillah,

Bekerja keras setakatmana pun kita, ALLAH tempat kita memohon mumtazah. ALLAH lah yang bantu engkau sewaktu engkah susah. Sentiasalah berhubung denganNya. Selalulah berbisik dengannya. Allahumma Ya ALLAH, bantulah aku hambaMu ini....

No comments: