11/16/2008

Tulislah!

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Destinasi:

Laman Web Menarik Hari Ini:
Menarik!

Pengajaran hari ini:
Jika sesuatu itu penting, tuliskan lah! Ia akan menginatkan kita akan kepentingannya.

Setelah apa yang berlaku, kesusahan, air mata, tekanan dan juga sebagainya saya tetap berkeputusan untuk meneruskan pembelanjaran sehingga peringkat PHD. Sehingga dapat bergelar Dr. Mumtazah!

Kerana dengan ilmunya mendidik kita untuk takut kepada ALLAH. Dengan ilmu jugalah kita tertunduk! Dengan ilmulah kita takut kepada ALLAH. Sentiasa berharap kepada ALLAH tuhan Pemberi Harapan.

Tentang perkara penting.
Saya terlupa banyak perkara penting. Selalu juga sehingga membawa saya kepada keadaan tertekan kerana sesuatu perkara perlu dilakukan dengan berperancangan dan juga senantiasa dilakukan awal waktu

Mungkin kerana terlalu benyak perkara yang berlaku pada saya, saya terlupa dengan XML. Hampir 7 hari saya meninggalkannya tanpa usik sedikitpun! Walaupun saya sibuk sepatutnya melakukannya sedikit demi sedikit. Dan saya perasaaan keadaan ini berlaku kerana saya tidak mencatitkannya. Membaca apa yang saya catitkan. Lalu tidak terakamlah dalam minda separa sedar saya.

Penting wahai diri, untuk kita menulis sesuatu yang penting untuk kita lakukan. Walaupun kita tidak ingat, insyaALLAH, dengan menulis akan membawa kita menginatkan kepentingannya. Minda separa sedar akan melaksanakannya, walau badan letih tidak berdaya. InsyaALLAH. Tulislah! Tulislah dan Bacalah!

Tentang Impian
Saya mempunyai impian tersendiri, mempunyai kamera, berjalan-jalan memanjat bukit, berengang di sungai yang tenang. Menghirup udara yang segar. Seronoknya!

Saya juga mempunyai impian mempunyai perpustakaan sendiri dirumah. Saya sungguh cintakan buku, tapi disebabkan kebertasan saya akan menangguh dulu kecintaan dan juga impian saya di suatu masa nanti. Ya ALLAH. Makbulkan impianku ini.

Saya juga berimpikan koleksi tafsir muktabar di perpustakaan saya. Inilah kitab yang paling utama yang akan saya beli bila berkemampuan nanti, insyaALLAH. Membaca kitab tafsir ini memberikan sumber idea, ilham dan segalanya!

Impian yang ku kongsikan untuk diriku dimasa hadapan. Allahumma Ya ALLAH...


4 comments:

kakchik said...

Salam Na,

baru kakchik tahu yang na pun bercita-cita nak punya perpustakaan sendiri.
dan insya-Allah cita-cita utk menjadi Dr Mumtazah akan tercapai dengan usaha dan keyakinan diri.
selamat mencapainya!

Mumtazah : : - Kita Jauh Tapi Dekat - : : said...

Ya Kak Chik. Sekarang ni ada kumpul sikit-sikit.

Hehe. Syukran lah insyaALLAH

uwais said...

salam dik.
bagus amat cita2mu.
siiru 'ala barakatillah,
Dr Mumtazah!
..tapi patut Dr Azlina tak ?
:)

Mumtazah : : - Kita Jauh Tapi Dekat - : : said...

Hehe. Kak
Memang dah
Tapi kena menyamar lah sikit
ehehehehe