11/03/2008

Wasiat untuk diri

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Destinasi:

Laman Web Menarik Hari Ini:

Pengajaran hari ini:


Teringin benar berwasiat untuk diri, wasiat untuk diri apabila tamat belajar. Jadi marilah saya tinggalkan wasiat untuk diri saya dimasa hadapan. Sahabat-sahabat, kawan-kawan, ingatkan lah saya tentang wasiat saya ini.

Mumtazah,

Ini adalah dirimu, yang sedang berwasiat untuk dirimu, bacalah, fahamilah dan tunaikanlah apa yang dirimu wasiatkan ini

Pertama sekali, janganlah engkau sekali-kali lupa kepada ALLAH, dia yang menunjukkan engkau jalan sewaktu engkau kegelapan tidak nampak apa. Dia memberikan engkau ilmu dan dia memberikan engkau segala. Bersyukurlah mumtazah.

Mumtazah, hendaklah engkau membalas budi ibunda mu yang sanggup mengurangkan belanjanya seharian untuk menampungmu belajar. Ingatlah untuk membayar kembali kepada ibunda mu itu. Bagilah ibunda mu itu kesenangan kepada dirinya kerana walaupun sudah 25 tahun berhempas pulas bekerja dia masih lagi tidak dapat merasa yang sepatutnya dirasa. Barang 1K mungkin engkau balaskan

Ketiga, ingatlah kepada kekandamu yang sentiasa berhabis masa, wang dan tenaga kepada dirimu, maka hendaklah kamu membantunya kelak dengan segala daya apa yang kamu ada. Bantulah dia seperti dia mana dia membantu waktu mu susah, lapar, sedih. ingat mumtazah, mereka yang senantiasa disampingmu senantiasa..



Janganlah engkau lupa untuk menunaikan haji, umrah dalam hidupmu wahai mumtazah. Simpanlah duit untuk kesana. Berdoalah





No comments: