12/11/2008

Bungkus dan pulangkan kepada ALLAH

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Destinasi:

Laman Web Menarik Hari Ini:

Pengajaran hari ini:
Bungkus dan pulangkan rasa kepada ALLAH
Berilah yang terbaik kepada orang lain, mana tahu kita akan guna yang kita beri tu didunia mahupun diakhirat kerana kita ini lemah tak berkuasa. Mana tahu jadi talian hayat kita.

Bungkus dan pulangkan rasa kepada ALLAH. Itulah tajuk yang saya akan kongsikan bersama-sama sahabat semua. Saya dapati petua ini dari AA Gym. Alhamdulillah.

Saya dah amalkan benda ni, rasa mahu berkongsi kepada sahabat-sahabat semua tentang ini.

Sering kita rasa sakit hati, marah sedih, kecewa, tertekan dan sebagainya. Bagaimana cara kita menanganinya?

Caranya adalah dengan bungkus, dan pulangkan kepada ALLAH. Bagaimana tu?

Baiklah begini caranya.

Bila kita rasa sedih, maka berdoalah kepada ALLAH,

Ya ALLAH, aku sedih, aku pulangkan rasa sedihku ini, kepada Mu ya ALLAH

Bila rasa rindu, maka berdoalah kepada ALLAH,

Ya ALLAH, aku rindu kepada sidia, aku pulangkan rasa rinduku kepada Mu ya ALLAH.

InsyaALLAH, segala rasa mu akan diubati oleh ALLAH kerana ALLAH lah pengubat segala rasa. Cubalah.

No comments: