12/05/2008

Sinar

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Destinasi:
Rumah

Laman Web Menarik Hari Ini:
Mishary Rashid Al-Afasy
Kumpulan Management Qalbu
Artikel AA Gym


Pengajaran hari ini:
Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Yang sedikit, jika ikhlas, insyaALLAH akan dilihat besar oleh ALLAH.
Jika benda itu mendatangkan kebaikan, jangan fikir banyak sangat. Lakukan sahaja.

Alhamdulillah, berkesempatan menonton satu rancangan berbentuk motivasi iman di astro oasis jam 6.30 petang mulai semalam sempena hari raya haji. Semangat yang hilang rasanya berkobar-kobar semula. Program yang tetamunya adalah AA Gym benar-benar telah injek semangat dalam diri saya.

AA Gym

Alhamdulillah. Syukur kepada ALLAH, banyak mutiara kata diperoleh. Sedikit ingin ku kongsi, untuk berubah formulanya adalah 3M iaitu mulai dengan diri sendiri, mulai sedikit demi sedikit dan mulai sekarang.

Untuk merubah diri, kita perlukan dua benda, 1 cermin dari sahabat atau pasangan dan kedua adalah kritikan dari musuh.


Sahabat ibarat cermin, yang akan memantulkan segala yang benar, tentang diri kita, sama ada kebaikan mahu pun keburukan.

Penonton di studio bertanya,
bagaimana caranya nak hadapi kritikan, untuk menerima kritikan lebih-lebih kritikan yang dengan menggunakan bahasa yang teruk dengan nada yang tinggi, almaklumlah kita ni jika dikritik akan rasa lemah, habis hilang keyakinan diri.

kata AA Gym, " Bayangkan, anda sedang berjalan, tiba-tiba kawan anda menjerit, oiii ular depan ko tu, oiiii 'bodoh' (bahasa kasar) dan sewaktu itu, anda memagang kayu, semestinya anda akan ketuk orang yang marah dan kritik anda tu kan, bukan ketuk kayu."

Contoh yang diberi, benar-benar membuka minda yang selama ini sempit. Sungguh tidak rugi mengutip ilmu yang diberi oleh nya, insyaALLAH.


Banyak lagi yang dikongsikan, tapi 3M tu benar-benar terkesan dihati. Moga kita semua dapat manafaat dan selamat menonton.


No comments: