12/11/2008

What you give, you will get back.

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Destinasi:

Laman Web Menarik Hari Ini:

Pengajaran hari ini:
Berilah yang terbaik, mana tahu kita akan guna sebagai talian hayat didunia mahupun akhirat.

Melihat kepada kejadian tanah runtuh baru-baru ini, saya mendapat satu pengajaran yang amat besar. Iaitu, berilah apa yang kita ada. Beri dengan yang terbaik.

Apa yang ada didalam rumah, juga diluar rumah semua nya tiada lagi bagi mereka. Disinilah perlunya saudara mara. Pentingnya saudara mara kita dikala kita susah.

Jika kita ini mampu orangnya, kaya, dan sering menolong saudara mara kita, mana tahu apa yang kita tolong mampu menolong kita kembali. Jika rumah saudara mara kita sempit, kita berkemampuan dan membantu meluaskan rumahnya, mana tahu kita jadi penumpang dirumahnya. Selesa mereka, selesalah kita. "What you give, you will get back". Hmm peringatan buat diriku

Saya ingin mengucapkan takziah kepada semua mangsa tanah runtuh.

Saya ingin berkongsi apa yang saya lihat di TV3 sebuah rancangan tentang muslim di Amerika.
Masa Tv3 buat liputan, ada beberapa kawasan telah dilanda puting beliung. Saya tertarik kepada ucapan yang diberi kepada mangsa puting beliung tersebut. Ucapan yang menaik semangat.

kata imam tersebut, InsyaALLAH orang itu akan tabah, kerana ALLAH telah sediakan mahligai buatnya di syurga sebagai ganti rumahnya yang hancur didunia.

Bersabarlah sahabatku yang menjadi mangsa, Allah telah sediakan mahligai untuk mu disyurga jika kamu bersabar.

Sampai disini sahaja

Wassalam

2 comments:

Zil-el-Saif said...

salam ukthi. boleh xubah link IBRAHzine v014 kepada ibrahzine.com, bukan kepada *.zip tu, pasal mudah terdedah kpd hacker. dah serik dah kena hack 2 3 kali.

narumi hayashida said...

Salam wahai saudari perjuangan, Ujian yang dilalui bekalannya tidak
sekadar ma'thurat, al-quran, qiam, tahajjud malah 1001 lagi hablumminallah. Muhasabah semula hablumminannas, sejauh mana kita memenuhi hak kita sebagai sahabat, cukupkah sekadar bertegur sapa sekali sekala? InsyaALLAH doa yang kita panjatkan sesekali kepada sahabat kita tanpa pengetahuannya juga sangat disukai ALLAH, mungkin kena banyakkan doa pada sahabat2 luar atau dalam perjuangan, kerana hakikatnya kita adalah insan... semoga TABAH hadapi CABARAN, insyaALLAH!