1/11/2009

ALLAH Sentiasa bersama kita

Alhamdulillah, masih lagi bernafas di bumi ALLAH ini.

Sejak kebelakangan ini, banyak perkara yang berlaku dan kadang-kadang ia agak memberatkan kepala saya

Tentang proposal, final year project, tentang supervisor yang saya tidak jumpa-jumpa dan sebagainya.

Seminggu ini, memang teruji sedikit kefahaman, kebertanggungan kepada ALLAH Tuhan yang Esa.

Kesesakan didalam kepala menyebabkan kepala saya amat berat apabila bangun daripada tidur.

Sampailah satu ketika, saya tiba-tiba menangis dihadapan seorang pensyarah.

Kesedihan melampau tidak bersebab.

Pelik juga saya rasakan dengan diri saya ini. Sedangkan sebenarnya kita boleh mengawal segalanya.

Tapi saya sudah sampai ke tahap tidak boleh membezakan yang benar dan salah.

Nak kata tidak mengaji, sudah pun mengaji, al-mathurat juga dibaca sewaktu perjalanan ke kelas.

Tapi kakak pernah kata, kadang-kadang kita tak cukup sahaja dengan mengaji, perlu buat lebih.

Macam-macam perkara yang berlaku, laptop tidak dapat dicas kerana elektrik tidak dapat masuk kedalam laptop. Cepat-cepat kuingat kembali, tentu ada hikmahnya yang ALLAH berikan dan tentu ALLAH akan berikan yang lebih baik jika aku bersabar.

Dokumen tidak boleh dibuka kerana fail doxc. Internet pula dial up sahaja, lambat untuk buat kerja. Macam-macam.



Bila otak kita terlalu sarat dengan perkara-perkara yang perlu dilakukan, perkara yang sepatutnya kita lakukan adalah dengan berdoa kepada ALLAH.

dan ingatlah ALLAH sedang berbicara dengan kita tentang
nikmat-nikmatnya yang kita lupai. ALLAH sedang berbicara tentang banyak perkara. ALLAH sedang mengajar kita erti sabar, kerana sekian lama ALLAH berikan nikmatnya pada kita, dia mahu menguji kita sedikit sahaja dan sebenarnya tidak teruk pun berbanding dengan sahabat-sahabat lain lebih-lebih lagi mereka di Palestin.

ALLAH sedang berbicara dan mengajar kita supaya sentiasa meminta pandangan nya dalam segala hal.


dan kadang-kadang kita perlu rileks otak kita dengan lagu-lagu nasyid. Seperti lagu ini. Mendengar sambil memuhasah diri, merintih diri kepada ALLAH. Kadang-kadang apabila cakap pada kawan, kadang-kadang mereka tidak lah sefaham ALLAH yang sentiasa memahami kita. Jadi janganlah sedih jika kawan kita tidak memahami atau tidak ada disamping kita taktala kita kesedihan kerana ALLAH senantiasa ada untuk kita mengadu rasa kita.



لست أدري ما اعتراني
ظلمةٌ تغمرني يا رب

Di suatu malam dari sekian malam,
Aku tidak tahu apa yang terjadi padaku,
Kegelapan menyelubungi diriku, wahai Tuhan.


الأرض ضاقت والسماء
وقلبي ما عرف الضياء
والدمع بات يبكي يا إلهي

Bumi dan langit ku rasakan sempit,
Hatiku tidak menjumpai cahaya,
Dan air mataku sentiasa bercucuran, wahai Tuhanku.


عصيت والذنب كبير
وإني في حزني أسير
مقيد بالذنب يا رب

Aku ingkar dan dosaku bertimbun,
Sesungguhnya aku di dalam penjara kesedihan,
Dirantai oleh dosa-dosaku, wahai Tuhan.


فهل يستحق يا إلهي
العفو مجرماً
مقرٌّ بالذنوب يا إلهي

Akan layakkah, wahai Tuhanku,
kemaafan diberikan kepada si pesalah,
yang sering berbuat dosa, wahai Tuhanku?


أنت الذي خلقتني
رحمتني ورزقتني
دوماً يا رب قد كنت معي

Engkau yang menciptakanku,
Mengasihiku dan memberikanku rezeki,
Wahai Tuhan, Engkau sentiasa mendampingiku,


لكنني نأيت عنك
نسيت ما قد كان لك
وسرت في طريقي يا إلهي

Namun aku pula menjauhi-Mu,
Aku melupai apa yang ada pada-Mu,
Dan aku mengikuti jalanku sendiri, wahai Tuhanku.


واليوم يا رب أعود
من ظلمة خلف الحدود
فالقلب منكسر وطرفي حائر

Pada hari ini wahai Tuhan, aku kembali
daripada kegelapan di belakang sempadan,
Hatiku berkecai dan jalanku mengelirukan,


وأنا الغريق فلا أرى
إلا سواك لي منقذاً
لا ملجأ ولا منجى إلا أنت يا إلهي

Aku yang kelemasan tidak melihat sesiapa
melainkan Engkau untuk menyelamatkanku,
Tiada tempat berpaling, tiada penyelamat kecuali Engkau, wahai Tuhanku!



Tidur juga penting. Tidur sekejap untuk kita legakan segala yang terbuku dalam otak dan fikiran kita. Yakinalah selepas kesusahan, ada kesenangan.

No comments: