1/25/2009

Diriku adalah ujian kepada diriku

Diriku adalah ujian kepada diriku, keluarga ku, sahabatku, agamaku….

Diriku kurasakan seperti menjadi ujian kepada ku. Ujian sangat besar pada diriku sendiri dan juga kepada orang lain. Ujian yang menjadi fitnah(cubaan).

Ya ALLAH, akhlakku sungguh buruk

Berkata keras

Menyinggung perasaan orang lain.

Ya ALLAH, perbaikilah akhlakku ini. Ampunilah aku ya ALLAH. Kuserahkan diriku kepada Mu ya ALLAH. Kuserahkan diri ini untuk mendapat cintamu. Untuk mendapat syurgaMu yang mahal itu ya ALLAH.

Astagfirullahalazim…Kau ampuniku hambaMu ini ya ALLAH. Ampuniku……



Segalanya milikmu ya ALLAH, maka segalanya patutnya untuk mu ya ALLAH. Segala kata, perbuatan patutnya untuk mu ya ALLAH. Kata ku untuk nya patut untuk mu. Kasihku untuk nya patut juga untukMu ya ALLAH. Segalanya memang patut untuk mu Ya ALLAH. Maka ampuni ku ya ALLAH…


Apa lah bekal untuk ku bawa, untuk bertemu dengan Mu ya ALLAH.

Apalah hak ku untuk membuat yang buruk kepada orang lain. Seolah ku buat bukan kerana Mu ya ALLAH.

Maka semuanya, maafkan aku kerana ALLAH. Maafkan aku.

Makan kau suruh baca doa, kau sentiasa suruh hambaMu ingat padaMu ya ALLAH. Tapi hambaMu ini lalai dalam segalanya. Ampunilah aku ya ALLAH..

No comments: