1/29/2009

Sedikit, tapi impaknya besar

Syukur kepada ALLAH, badan ini masih ada nyawa. Masih hidup lagi dibumu ALLAH ini.
Alhamdulillah, itulah perkataan sesuai yang patut kulafazkan sekarang.


26 hb yang lepas, aku dan 'kakakku bersama bondanya berhajat ke Kelantan.
Selepas tol, aku sudah tidak sedap hati, kereta yang baru lepas accident, ditambah pula dengan tanda aras kepanasan kerete telah mencapai maksimum, menambahkan resahku.

Ku beritahu pada kakak, dan kami bersetuju untuk berhenti kan kereta.

Gambar sekadar hiasan sahaja

Depan kereta sudah berasap. Mujur sahaja tidak terbakar. Alhamdulillah. Sempat kami berhentikan kereta di tepi sebelum menjelajah bukit bukau di Karak. Syukur sangat-sangat.

Kakak menghubungi kekandanya. Kekandanya menghubungi kekandanya yang berada berdekatan. Setelah seketika, kekandanya pun datang bersama keluarganya. Kekandanya membuka tempat enjin. Allahuakbar. Rupanya tempat air berkemungkinan tidak tutup rapat. Natijahnya, kereta menjadi panas, minyak hitam sudah keluar dan merosakkan enjin kereta dan bahagian yang penting didalam kerete tersebut. Kerana sedikit kesalahan(semuanya dengan izin ALLAH) tapi impaknya sungguh besar. Kerugiannya mungkin beribu-ribu. Sudah tentulah kami semua berlapang dada kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. InsyaALLAH.


Kerana sedikit impaknya besar.


Sahabat-sahabat sekalian. Sebenarnya bukan cerita diatas yang mahu saya besar-besarkan kepada sahabat-sahabat semua. Tapi pengajaran yang terkandung didalam nya. Kerana sedikit, mungkin impaknya besar.

Saya ingin membawa saudara merenung tindakan yang telah kita ambil setelah berlaku peristiwa pengembonan di Palestin. Apakah usaha sedikit yang telah kita lakukan. Boikit sudahkah kita buat dengan sepenuh hati kita? Ada juga yang mempertikai usaha yang kecil mungkin tidak bermakna pada Israel laknatullah itu. Tapi sedarlah sahabat semua, usaha kita yang kecil, pasti ada impaknya. Apabila kita mengenakan daya pada satu sistem yang sedia ada, sama ada kita mahu mengaku atau tidak, sistem telah terjejas sedikit ataupun banyak. Sama seperti tin kosong. Apabila kita baling pasti akan kemek dan tidak akan kembali pada bentuk asalnya.

Jadi semua sahabatku yang sudi melawat laman sawangku ini. Mohon kerjasama semua untuk tandatangan petition ini. Ingat, usaha kecil pasti ada kesannya.

http://www.petitiononline.com/sr8c1952/petition.html


Wallahualam....

No comments: