4/20/2009

Bangkit!!!

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Destinasi:

Laman Web Menarik Hari Ini: 


Pengajaran hari ini:
Percayalah dirimu boleh

Suatu masa dahulu, ada seorang pelajar yang kegelisahan. Masakan dia tidak gelisah, masa untuk peperiksaan akhir akan tiba.

Maka satu ketika didalam masjid, setelah habis didengarnya ceramah membina imaginasi cemerlang oleh Dr. HM. Tuah Iskandar, maka dibisikkan hingga didengari oleh telinganya "Aku mahu lulus cemerlang subjek ini"

Setelah itu, tanpa disangka-sangka, gerak tubuh nya bekerja untuk misi itu.

Motivasi
Kadang-kadang kita terlupa matlamat kita. Kadang-kadang kita terlupa yang kita perlu berjaya. Malah kadang-kadang semangat kita luntur.

Bagaimana hendak jadi manusia yang bermotivasi semula.
Pertama kena bertanya kepada diri sendiri dahulu. Apakah dosa dan maksiat yang aku lakukan sehingga semangat dan kepercayaan kepada diriku jatuh? Maksiat?Doa. Maka tidak lain dan bukan hendaklah bersedihkan dulu hati kita dengan istigfar, bermohon keampunan kepada ALLAH yang Maha Pengampun. Selain itu, lakukan lah perkara yang boleh menambah iman kita seperti, mengaji, mendengar ceramah, mendengar alunan Al-Qur'an. Sentiasalah berbisik pada dan bermenolog kepada ALLAH, mohon ALLAH ampunkan dosa kita. InsyaALLAH. Jangan putus asa. Itu yang penting

Kedua, untuk menaikkan semangat, kita perlukan kepada motivasi. "Semua manusia perlukan motivasi. Nabi Muhammad s.a.w diberikan motivasi melalui Isra Mikraj" 
Cara mendapatkan motivasi adalah dengan membaca, mendengar kisah-kisah motivasi daripada pakar-pakar motivasi. Setelah ada sedikit teruja pada diri untuk berjaya, maka langkah seterusnya perlu dilakukan

Ketiga, pada langkah ini, catitkan semula matlamat jangka pendek kita. Bisikkan pada hati dan telinga kita yang kita mahu berjaya dalam subjek ini. Mesti lulus dengan cemerlang. InsyaALLAH tanpa kita sedar, tubuh kita akan digerakkan untuk kerja-kerja yang telah kita niatkan. Kata irfan khairi, tulis to do list kita pada malam hari, insyaALLAH minda kita akan bekerja untuk menyelesaikannya pada esok hari.

Oklah sahabat semua.

Moga ada pedoman walau sedikit.
Setiap masalah adalah peluang.
dan yang penting sekali, jangan berputus asa untuk mohon keampunan kepada ALLAH. 
Jumpa lagi.
Wassalam.






No comments: